Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

::Rejab::

salam REJAB.....lama aku xhupdate pape kt blog.....betapa busy nya aku hingga xdpt nk mgupdate blog sendiri juga melawat blog rakan3......sedar xsedar (sape yg xsedar, sila sedar)....sekarang dah bulan rejab da kawan....sungguh sedih bg diri aku sendiri sbb aku belum sempat hatta walau sehari untuk berpuasa sunat di bulan rejab ini.....bila dah rejab maknanya kita makin dekat dengan Ramadhan.....kpd kawan3 yg belum setelkan hutang puasa tahun lepas...baik kalian langsaikan skrg.....nanti hutang jadi berganda3 pulak...tak tercapai dek akal nak mengganti......well kt bawah ni ada sedikit info yg boleh kita kongsikan bersama.......yang penting segala yang kita lakukan ikhlas kerana Allah swt.....


Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya

Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah


seperti yang telah disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya seperti dibawah ini …..
1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.


::semoga rezeki itu milik aku.....

Tuesday, June 2, 2009

entry untuk nadia....

makcik aku akan bercuti mulai esok...jgn rindu3 aku...kalu aku sempat nanti aku guna handpon pakcik aku call ko (jimat kedit aku)......ermmm ada news aku nk gossip nga ko tapi sebab ko tiada di talian terpaksa la ditangguhkan dulu...aku taw saat ini atok ko amat memerlukan ko.....smpai salam aku utk atok&mek ko....juga mak ko...juga akim,nazira,acu,cikja dan semua.....(dh mcam suma aku kenal pulak).......igt pesan aku walau apa pon ko tetap kambenku....ahahahah...diperlukan bila rumput halaman rumahku panjang!!!!! weh sepanjang percutian aku....kalu ko rindu aku...baca entry ni berkali....hahhaha


kambenku sayang
- kau lah sahabat aku paling LAWAk
- kau lah paling memahami ayat3 aku yang seterusnya
- kau lah plg cepat mengerti setiap maksud tersirat kata3 aku
- kau kawan sejati aku (perghhh ayat dah mcam kamben)
** tp suma nie ikhlas dan sebuah kenyataan


~~ ko ingat x sape neyh???~~


~~ konon letey ~~

~~ konon lawaK~~


~~ neyh pic masa first year kan?? ~~

** ujie tima kasih banyak3 tlg aku....jasamu ku kenang hingga akhir hayat!!!!......






















Wednesday, May 20, 2009

::otak kiri atau otak kanan::

Mengetahui belahan otak mane paling dominan dlm hidup kita dapat memberi jawapan kepada setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan. Well aku xsure sebelum ni aku pernah buat test mengenai Otak Anda Yang Paling Dominan atau tak???...mgkin aku xjumpa test sebegini dalam Face Book (I'm olso one of FBians yg addict quiz)... disebabkan aku tiba-tiba terperasan yang aku neyh suka sangat buat kerja guna figure+table dsbgnya (smpai my opismate ckp, "nurrul neyh, mesti nk buat camtuh"...."nurrul share table tuh...cam menarik")...so aku terpikir analitik dan terperinci ke aku??? tapi yg xdinafikan subject Maths mmg kegemaran aku dr darjah 1 smpai skrg...(dan ini berbeza dgn 3 adik lelaki aku yg sangat menyampah dgn Maths, smpai adik3 aku ckp "balik3 nk banding results math, cuba tgk result english???"...ahhaha..patot la aju ko buat asasi law kt uitm tuh...)...tapi aku tetap rasa aku berjiwa seni dan sentimental sbb aku boleh bersajak, bersyair, berlakon teater cuma menyanyi ja xbley sbb suara aku iras3 sheila majid....takot plak nanti kena jadi penyanyi....xpasal3 aku kena tukar bidang dari bidang software ke seni suara...owhh xsanggup....

well...aku amat tertarik dgn ayat bro wordpress yg aku jmpa setelah sesi googlelan berjalan, tulisnya :
"Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya"

dan seorang aku telah mengambil test untuk mengetahu dimanakah hemisfera otak yang banyak anda gunakan??? dan keputusan membuatkan aku sedar mungkin aku tidaklah berbakat dalam TEATER atau mendeklamasikan SAJAK......sila baca keputusan aku dan jom kongsi keputusan korang dengan aku....

Your Brain Usage Profile:
Auditory : 63%
Visual : 36%
Left : 68%
Right : 31%

nurrul, you are mildly left-hemisphere dominant while showing a slight
preference for auditory processing. This overall combination seems to
indicate a well-working blend of logic and judgment and organization,
with sufficient intuition, perception and creativity to balance that dominance.


summary tuh sikit ja aku papar...sbb biarlah bait3 seterusnya hanya untuk aku sahaja!!!


**kata.papan.kekunci:: korang sila la amek test juga dan kongsi bersama aku. KLIK DISINI untuk amek test juga

::yang bernama wanita::

Sensitif
::Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet
::Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus
::Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas
::Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
::WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin
::Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
::Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum. bukan LESBIAN

Ego
::WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta
::CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks
::SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

**Kata.Papan.Kekunci::"wahai LELAKI hargailah WANITA kerna ibu anda juga seorang yang bernama WANITA"

**Pesan.Papan.Kekunci::"artikel ini dari sebuah laman yg laen...kredit to soleh.net"

Tuesday, May 19, 2009

anak yang baik kah seorang aku???

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.


Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


** copy from LAMAN TELADAN untuk bacaan dan tatapan rakan-rakan juga mengingatkan diri seorang aku!!!

Friday, May 15, 2009

aKu sUka mEmBaca kaH??

~~ dalam meniti usia kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri nie terperasan pada diri seorang aku banyak yang berubah...pelbagai aspek, sudut, segi dan macam- macam lagi.... antaranya bahan bacaan aku yang berubah seiring peredaran usia aku..... mungkin syndrom ini hanya di alami oleh aku bukan kamu....oleh kamu dan bukan aku.... atau oleh kita semua..... bukan pon aku cakap yang aku neyh SUKA MEMBACA tapi kdg3 itu macam hakikat..... dari gossip artis smpai la berita politik.... aku suka amek taw.... cam busy body jugak.... tapi sebagai salah seorang anggota masyarakat, dah kira macam satu keperluan juga kita mengambil tahu apa yang terjadi disekeliling kita..... contohnya "anok pokya ujung kg masuk askar", "cucu moksu senah dapat 4 flat", "mak cu senah nikoh pulok"...dan macam3 lagi la.... ekekke.....

dan sedar atau tak aku juga sering beralih bahan bacaan mengikut usia :::
:: masa umur 7 - 10 tahun :: aku suka baca KAWAN, MICKEY MOUSE, KUNTUM
:: masa umur 11-13 tahun :: aku fanatik UJANG (bumper RAYA, PUASA, CUTI SEKOLAH mcm3), GILA-GILA, masih beli majalah KAWAN
:: masa umur 14-15 :: MANGGA (majalah artis kolam renang), HAI (setiap kali beli, sorok bawah tilam sbb takot mom marah, skali angkat tilam..penuh majalah HAI), MEDIA HIBURAN
:: masa umur 16-17 :: REMAJA, MASTIKA, FOKUS SPM (poyo3),
:: masa umur 18-20 :: budget utk bahan bacaan mula kurang kemudian tade sbb budget guna utk beli top up MAXIS.... tapi tyme neyh aku khatam NOVEL3 CINTA milik kasen aku cth OMBAK RINDU (5x baca), KAU YANG SATU (3x baca), satu3nya novel aku beli RIA QISTINA, dan bnyak lgi la NOVEL ALAF 21..... aku juga baca majalah MINGGUAN WANITA (mak aku nyer)... kdg3 baca MASKULIN (paksu aku nyer)
:: masa umur 21-23 :: langsung xbeli majalah..... baca pon pnjam kwn3 nyer..... lgi pon internet hujung jari.... mula baca online.... HARAKAH DAILY, TRANUNG, BLOGSPOT, paper online
:: sekarang :: rasanya aku mula jatuh cinta dgn majalah SOLUSI..... mungkin aku akan masukkan SOLUSI dlm budget bulanan aku!!!!!

** so kalu diperhatikan... jenis majalah berubah mngikut usia..... bermula dgn majalah fantasi - kehidupan artis - isu dunia - dalam menuju mencari makanan ROHANI....... semoga minat membaca akan terus dipraktikkan!!!!
** bak kata mylovely frend 4ever...."nughul ko dalam transisi dr remaja ke dewasa" bila aku cakap aku jatuh cinta dgn SOLUSI

Friday, May 8, 2009

aku dan nUtt_naSiR sungguh hangin!!!

hangin == high angin == perasaan 'angin' berada pada paras high,
so jadilah word hangin atau juga selalu dikembarkan menjadi satu
word "hangin satu badan".......

kenapa kami hangin????.....ada la sebabnya dan hanya kami yg paham kenapa
kami hangin.....mungkin juga perasaan ini wujud tatkala aku terkena syndrom
"flu di pagi jumaat_air hidung meleleh ke atas keyboard" dan nutt_nadia
terkena virus "cirit_birit_percuma_MC_2hari_".....

apa yg ingin aku perkatakan di pagi jumaat yang mulia adalah ::_^^_::
1. persahabatan adalah satu perhubungan suci 2 hati yang memerlukan
hati yang tulus dan ikhlas agar nilai persahabatan itu tidak dikotori
oleh apa jua virus sekalipon
2. sikap diri yang kadang kala tidak peka dgn kesusahan orang sekeliling
mendorong kita hidup dalam dunia kita sendiri
3. persahabatan adalah sesuatu yang indah......

***jombalika rehat ..... have nice weekend 4 myself!!!!!

Wednesday, April 29, 2009

hilangnya kuasa veto seorang aku!!!!

KUASA VETO....dari dulu mmg milik aku sbb aku berhak tentukan channel TV mane adik3 aku patot tonton....aku ada kuasa untuk memberi arahan kpd adik3 aku....wakkaka...

10-15 tahun yang lalu.....
1. aku dgn bangganya pernah membuat mural dgn "kaler magic" di badan adik3 aku sewaktu
dorang tido...contohnya::
- lukis jam dipergelangan tangan,
- lukis matahari di bahagian pusat
- lukis misai+spek mata
2. paksa adik aku p kedai beli aiskriM+"cekedis" dsbgnya
3. makanan bahagian aku lebey sikit dan makanan adik aku makanan aku,
makanan aku makanan aku (ni antara punca3 tumbesaran badan aku melebihi adik3 aku)
4. suruh adik aku belikan "roti kering"...sbb aku malu nk beli sendiri, aku pon xpaham kenapa
dulu aku malu sgt nak beli!!!
5. mlm3 kalu my mom tade, aku akan matikan suis utama kt umah...so semua akan bergelap!!!!
hahahha....smpai nangis3 adik aku....
6. bulan puasa...juadah kuih pilihan aku plg banyak....kahkahkahkah
7. aku boley maen game DAYTONA (lumba keta) dgn nisbah 3:1, maksudnya giliran aku 3x adik
aku 1x.....muhahhaa
8. dan banyak lagi sebenarnya.....

tapi semua tuh jadi kenangan terindah la....kakkaka...sebabnYa.......semalam aku call adik aku...tiba3 aku rasa suara adik aku yg bongsu pondah berubah....dah ikot sore abg3 dia....aku xpercaya!!!! wakakaka....semua dh besar...sore dh macho....ahahhaha.....maknanya masa aku berkuasa dah tamat...ahahhaa...hilangnya kuasa veto seorang aku......dalam susah payah membesar sbg seorang kakak yg paling baik di dunia....ahahhaha...tapi satu yang xkan berubah.....nilai kasih syg aku pada adik3 aku.....kahkahka....merekalah hero aku smpai bila3....masakan aku tetap plg sedap bg dorang klu mymom tade (wlaupon termasin dsbg)....dan wlpon aku kakak...aku ttap minta maaf kalau aku salah......dan harapnya hormat dorang kt aku juga xberubah!!!!

pesanan aku buat kakak3 diluar sana:: guna sebaiknya peluang anda sewaktumasih berkuasa veto....dan aku yakin setiap kakak tak akan melepaskan peluang ini....hahhaha

pesanan utk adik3 aku :: baek kemaskan bilik kakyu sebelum jumaat neyh sebelum segala macam mak nenek dlm bilik tuh kakyu bakar!!!! (lagak seorang veto)

***skrg neyh aku dh xsedajal kisah3 di atas kt adik3 aku.....sbb aku yg selalu kena....so sbb tu la kuasa veto aku dah dikira hilang!!!!....aku tade niat pon melakukan kisah3 di atas TETAPI aku rasa puas hati bila adik3 aku menangis sbb aku....rasa seorang JUARA!!!...hahahha....

Monday, April 27, 2009

aku raSa cantek!!!

tajuk entry kali neyh fakta ke auta???

aku cuma nak menyatakan bahawa aku memang sudah jatuh cinta!!!!
aku sangat jatuh cinta......
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
::: aku jatuh cinta pada coding ASP+VB!!!!

asal usul HSA!!!

» Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
:: hikayat seorang aku (HSA), kenapa aku memilih biarlah rahsia!!!!!

» Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
:: http://lalangorange.blogspot.com/
kenapa??? kalian kena tanya kenapa ada kawan3 yang suka ckp aku neyh lalang!!!!..mungkin juga sbb aku boley menyebelahi mane3 pihak dlm satu masa!!! wakaka!!

» Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
:: aku guna method "suka hati aku".....so entry nya suka hati perasaan aku nk tulis apa!!!

» Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
:: pernah juga...rasa cam nak mengasingkan diri dari dunia cyber....hakhahkakhahk!!!! aku juga ada satu wordpress dan satu blogspot laen yg dirahsiakan linknya...ehehhe...hanya aku ja taw!!!!

» Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
:: si bijak pandai IMA...k.nurrul suka blog ima...rasa tenang dan romantis gitu!!!

» Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
:: xmo lah tag sape2...sebab tade sape3 lam kotak fikiran seorang aku sekarang ini!!!!!

Tuesday, February 24, 2009

HATI SEORANG WANITA

~~sumbernya aku copy dr salah sorang blogger kt mlaysia neh.....lpa lak nk amek link!!!...just nak share dgn teman3 wanita ku yg laen....ngehngehngeh!!! buat teman3 lelaki ku korang leh guna neh tuk memikat gadis pilihan korang!!!...guna tips3 yg disenaraikan untuk korang lebey memahami insan bergelar WANITA...:p!!!!~~

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8.Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14.Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26.Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.