Saturday, September 27, 2008

stronium family

~~me suki gene~~

~~gene (myboss) sabrina (mySV)~~


~~stronium family~~

- tay desmond khaiee gene siva -

- me margaret sabrina suki -

credits to stronium family

special to
GENE - happy birthday
SUKI - good luck for coming final project n hve a nice holiday
DESMOND - best luck for ur future
--the rest--
~~BACK to WORK~~

Wednesday, September 24, 2008

musim yg ku rindu -episod 1-

musim 1
waktu sekolah rendah...masa darjah 3 sbb darjah 3 plg senior kt kantin waktu rehat....ditambah dengan jawatan PENGAWAS SEKOLAH yg kusandang memudahkan pergerakan aku di kantin untuk mendapatkan bekalan makanan.....walaupun aku bkn student RMT tpi aku juga selalu dapat makan sesama3....sbb mmg selalu survey makanan kt RMT kt kantin setiap pagi sambil bergerak ke tempat bertugas...kalau sedap boleh singgah makan skali...ahahha...

musim 2
waktu ptg3 lph balik skolah (masa skolah rendah)....balik skolah singgah beli ABC la apa la...so naek beskal sambil mkn ABC lam plastik, borak3...gila besh....sampai ja umah, mkn3+mndi3 pahtu terus jalankan xtvt riadah...ahaha...riadah atau lebeh senang REDAH kampung.....mcam permainan klasik la......maen getah+tali+bola kaki 3+dekchop+guli+bola bintang+susun slipar+bulatan naga+telaga buruk+ dan macam3 (nama permainan adalah mengikut daerah dan poskod, so mgkin berbeza nama tapi cara dan peraturan adalah sama)...ahahah...

musim 3
waktu sekolah rendah gak...darjah 6, sbb masa neh plg senior kt sekolah...ahahha...ditambah lak jawatan sebagai PENOLONG KETUA PENGAWAS so lagi la bebas bergerak...ahahah...time neh mmg besh...ada kelas malam...p camping wakil sekolah....lepak lam libry lama dan wat sesuka hati....jejalan sekitar skolah....lepak kantin awal dr yg laen....tgh hari mak antar nasi++ sbb konon ada kelas tambahan tambah lak nk exam UPSR so ngangada tahap gaban....tapi plg gelabah ari ahad...aku xmo jadi MC di perhimpunan pagi...so aku akan make sure KETUA PENGAWAS dtg....alhamdulillah dia xpernah lak xdtg ari ahad...dan aku xpernah pon jadi MC pagi3....ahahahhaha...sronok3!!!....lagi satu time waktu PJK...slumber katak ja tukar baju lam kelas reramai (maknanya dak pompuan sahaja la) OK....ahahha....pengalaman penting...aku antara student yg berpeluang memakaikan bunga rosset (ye x ejaan neh) di bju VVIP waktu kedatangan VVIP ke sekolah masa PIBG kot...VVIP tersebut KHALID YUNUS (menteri apa ntah tp pernah jadi menteri belia dan sukan, yg rambut putih tuh)...kiranya pengalaman bidang protokol neh...dan perlu dimentionkan aku neh x la bijak pon lam akademik......

musim akan disambung episod seterusnya............

ANGGERIK fasa II

Anggerik Merpati
Nama Tempatan: Anggerik Merpati
Nama Saintifik: Dendrobium crumenatum
Nama Lain: Anggerik desa,orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi,orkid desa,pigeon orchid, white dove orchid,daun seputih tulang, angerek bawang, bunga angin
Famili: Orchidaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan
keterangan:
Anggerik merpati merupakan antara orkid liar yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanan sendiri.Ia paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang telah tua.Antara pokok-pokok yang biasa ditumpang oleh anggerik merpati ialah pokok durian, pokok getah dan pokok kelapa sawit.Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum. Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa 2 hari sahaja.Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca panas yang berpanjangan.
kegunaan:
Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau wangi, ia jarang dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari sahaja.Tumbuhan ini tergolong antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan.Antara kegunaanya dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk mengubati sakit telinga.

Friday, September 19, 2008

bosan++anggerik

sebenarnya n3 neh adalah utk melepaskan kebosanan aku setelah keje agak siap pada pandangan aku dan juga kwn sejati chat aku dah balik (MAKCIK)...so saje nk sembang pasal bunga anggerik...kenapa aku pilih anggerik (aku xsuka sebut orkid) sbb anggerik cantik cam aku, manawan cam aku dan juga nmpak lemah lembut cam aku cuma anggerik xla warna hijau atau oren atau hitam...warnanya purple yg mendamaikan (harap nanti warna persalinan di sebelah keluarga lelaki...ahakhakhaka.."neh gyler"-ayat ujie-)...nape aku suka anggerik sbb ejaannya dekat3 dgn anggur (btw aku suka anggur juga)....ahahhha...aku sebenarnya xde la fanatik anggerik sgt pon...just suka untuk suka3....tpi mybe in future aku akan jadi penggemar anggerik yg tegar (sedang menuju ke arah itu).....

yg aku taw...bila sebut ja perkataan anggerik...aku akan terbayangkan anggerik tuh adalah bunga dan satu lagi anggerik mungkin seorang gadis desa yg lemah lembut dan cantik (cam aku, ahhaha)...mempunyai jati diri kampung yg menebal dan mempunyai peribadi luhur si gadis desa.....Biarlah bunga kecil...xminta untuk dipandang sebaliknya tegar beridi menghiasi laman si tuan...tapi bgi mereka yang tahu erti keluhuran budi pastinya menyedari dan menghargai kewujudan si anggerik.....

jom menyelami pula secara saintifik.....
Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchids) merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid. Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
PENGELASAN SAINTIFIK
Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Kelas : Liliopsida
Order : Orchidales
Family : Orchidaceae



Wednesday, September 17, 2008

manusia dan kuasa ???

persoalan.
kenapa mempersoalkan yg hak?
kenapa menidakkan yg benar?
kenapa melindungi yg salah?
kenapa mempertahankan yg zalim?
kenapa saling mementingkan diri?

dimana
dimana semangat kita?
dimana jati diri kita?
dimana perpaduan kita?
dimana keserasian kita?
dimana sumpah janji setia kita?



Monday, September 15, 2008

kamben ku sayang

kamben ku sayang....
kami berkenalan 3 tahun yg lalu...wlpun dh sebumbung di kmPk sebelum tuh tp kutKm merapatkan kami, keserasian kami memuncak semenjak tahun pertama sampailah final year.....banyak suka duka sengal kami lalui bersama....bermacam-macam persatuan kami tubuhkan...persatuan ada lesen+persatuan katil bawah+persatuan katil tepi+persatuan anti xxx+ ahahha...macam3 smpai xlarat nk meeting.....mgkin keserasian kami kukuh sebab ada sedikit asal usul darah yg sama.....makan budu+minum air kopi....ada pernah kami kena sound dgn abg kt kedai mkn (apa ah yg kedai kt TU tuh)..."air kopi dik??? mcam org tua"....uh..suka ati la kalau kami suka air kopi pon....ahahhaha....
kamben aku......
dia dulu blur3 tpi setelah sekian lama bersama, dia cepat mengerti, kdg3 blom smpat aku ckp dia dh taw apa aku nk ckp.....ngeh3...mmg kamben bijak dia neh.....dia lah teman sejati aku....yg aku pasti kamben aku neh mmg lawaK...(word yg selalu aku gunakan untuk mngEji dirinya)....
kamben aku.....
walau apa pon terjadi....persahabatan kita adalah yg terindah......dan moga perhubungan ini tak kan terpisah dek jarak dan masa juga kelajuan......



renungan kita

Lailatul Qadar / Malam 7 likur
1) Lailatul qadar dapat disaksikan oleh orang yang ikehendaki oleh
Allah pada tiap-tiap tahun di dalam bulan Ramadhan.

2) Digalakkan bagi orang yang mengalami lailatul qadar
menyembunyikan dan hendaklah berdoa dengan penuh
keikhlasan, baik yang behubungan dengan dunia ataupun
akhirat.

3) Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya
lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia
berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan
berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya
yang diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud :
“Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di
malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan
Ramadhan”.

4) Para Ulama’ berselisih pendapat tentang sama ada tanda-tanda
lailatul qadar dapat dilihat oleh mereka yang memperolehinya
atau tidak. Namun begitu kebanyakan Ulama’ berpendapat
bahawa pahala ibadat diperolehi oleh orang yang beribadat pada
malam itu seperti bertarawih, bertadarus, membaca al-Qur’an
dan sebagainya meskipun tidak dapat melihat tanda-tandanya.

5) Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di
halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang
meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang
dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia
hanyalah adat setempat yang diharuskan selagimana tidak
bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak
membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya
pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya
dengan memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, membaca
al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya.

malam 7 likur....dahulu dan sekarang

hari ini 15 Ramadhan....maknanya lagi 5 hari nak malam 7 likur.....seronok nak mati kalau la skrg neh 5-10 yg lalu...ehehhe...sebab ini yg kami tunggu3...menerangi rumah dengan pelita buluh....seolah3 cam satu pertandingan lak umah sape plg terang dan banyak pelita.....gila besh lagi kalau pelita tuh dihasilkan sendiri...dan sepanjang aku ingat...pernah sekali kot kami (aku,adik,kasen3+cuyie) menghasilkan pelita buluh secara tradisional...lupa la masa tuh umur berape...tpi aku masih ingat la....ahahha...tahun tuh gila klasik...rasanya pelita kami hasilkan tuh hasil rujukan dlm majalah UJANG BUMPER RAYA.....ahhaha...dan hasilnya boleh la dibanggakan...mane x nyer siap galah tokmak jadi mangsa...ahahha...gila besh nyer masa tuh....tiap3 kali nk smbut mlm 7 likur, kami suma mesti semangat nk pasang pelita....berangan nk jmpa LAILATUR QADAR.....tp xpernah pon dpt jmpa...uh terawih pon selang-seli...ada ati kot nk jmpa LAILATUR QADAR....laila cucu tuk kadar boleh la kot (neh lam majalah UJANG).....yg aku taw masa aku kecik3 dulu puasa sehari rm1, mknanya pgi3 raya dpt rm30....mymom ckp sape yg xp terawih sila kemas dapor, semua pnggan mangkuk msti clear sblm dia blik ( neh taktik mymom, paksa p terawih...kiranya taktik neh menjadi la sbb aku prefer p terawih berbanding basuh pingganMangkuk).....alhamdulillah...berkat paksaan masa kecik, ianya sgt berkesan pai skrg setiap kali RAMADHAN aku mesti rasa xbesh klu xberterawih, rasa cam bukan blan pose.....

citer kat atas masa zaman kegemilangan la tp skrg kami suma dh makin dewasa....generasi kami ::
1. aku = 22 tahun, tahun akhir tuk abehkan degree
2. aju = adik aku, 17 tahun, nak amek SPM, dia kt STAR,Ipoh dr form1 so dia pon sama merantau cam aku
3. cuyie = paksu aku, 28 tahun, Inspektor polis dh skrg...tp lom kawen3 lagi...xpe support aku dulu...
4. k.lina = kasen, 25 tahun, cikgu kt t.Intan, dh kawen raya tahun lph
5. liniey = kasen aku, 21 tahun, baru abehkan diploma nyer
6. jijah = kasen aku, 19 tahun baru ja masuk politeknik meneruskan pengajian
7. juwe = kasen aku, 22 tahun, masih belajar
8.abe je = kasen aku, 28 tahun, dah kawen anak 1

waaaa...besh nyer kalu kita semua xmembesar dan berdewasa!!!!!!
generasi adik2 aku and kasen yg laen skrg neh...dorang suma tade dah nak susah p kebun cari buluh....p kedai beli minyak tanah....bila aku tepon mymom, tanya adik2 aku watpe..dorang suma mean game, PS2 la, game komputer la....layan CD la....uhuhuu...jauh beza kot.....itulah kata SM SALIM...dulu lain sekarang lain...

Sunday, September 14, 2008

bila aku BOSAN

14 september vs 14 RAMADHAN-Ahad-bangsar-lam bilik : aku sangat kebosanan tahap cipan, cipan pon xpernah bosan camneh.....kenapa aku bosan??? aku bosan kenape??? bosan kenape aku??
jawapan 1 :
ada lagi 14 minggu kot LI, adoii lama lgi tuh.....jiwaku mati disitu!!!
jawapan 2 :
balik kg 27 hb, lambat lagi tuh......aku sgt merindui family+oksigen+ayam itik di kg KBG BATU, PASIR MAS...
jawapan 3 :
masa depan yg belum tentu kesudahannya...mmg la mane la kta boleh taw apa akan terjadi sbb kita hanya mampu merancang!!!!
jawapan 4 :
buku log LI aku perlu diisi denga bait3 puitis......
jawapan 5 :
kenape dorang guna muka aku tuk melariskan L'OREAL WHITE PERFECT tanpa minta izin aku??? knape3??


keputusan ujian hati dan perasaan :
nama : nughul / lalangOrange
mood : bosan tahap cipan
hati : hundah gulana
perasaan : jiwa kacau
status : jiwa mati

rawatan segera : duit + jejaka ensem kaya + hiboran percuma

pesanan:: sape3 yg mampu memberi rawatan segera kepada nughul diminta untuk menghubungi beliau atau mane3 ahli keluarganya dengan segera!!!...keprihatinan kalian amat dihargai....