Friday, December 30, 2011

OST Tentang Dhia Di Atas Satu Cinta

reply berjuta kali lagu ni!!!
aku yakin ramai menangis semalam nonton finale Tentang Dhia kan ... aku pon salah sorang la..
ramai jugaks yg xberpuas hati dgn kesudahan cerita tu kan...
bagi *pecintadramamelayu* macam aku... aku ok ja dgn ending Tentang Dhia...
cuma lagi super besh kalau ada grandFinale...
menCerekarama kan tentang Dhia (xpyah filem kan la ye..slot cerekarama ok da)..
plg tak nk tgk apa jadi pada ku Salmi.... (xkan kena marah dgn ku Mariam ja)....

*plg terkesan kt jiwa aku.... jahat macam mane pon kita mak kita xkan doakan yang buruk untuk kita...
ingat doa mak melly... dia serahkan melly pada Allah untuk jaga kerana dia dah xmampu... dan kesudahan yang baik untuk melly .... Saya Sayang Mom Saya Sangat3!!!

dan lagu ni sangat indah kan....
(penyanyi dia aku dah bayang macam Anna Althafunnisa dlm KCB)
tapi bukan yea.. tgk sini .. kreditToWikipedia ....


Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Selalu dihatiku

Thursday, December 8, 2011

Jadual / Tarikh Gaji 2012



Dalam usaha menghemahkan perbelanjaan untuk tahun hadapan.... dah ada tarikh-tarikh gaji boleh la buat apa yang patot dalam buku catatan dan kalendar yea...nak bercuti bila...nak shopping bila... hehe..so apa lagi jom merancang... :)

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2012 bagi Kakitangan Awam ....


BULAN
TARIKH
PEMBAYARAN
HARI
CATATAN
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis

Mac
22 Mac 2012
Khamis

April
25 April 2012
Rabu

Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu

Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa

Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November
6 November 2012
Selasa
Deepavali13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas 25 Disember 2012


Pekeliling jadual gaji boleh rujuk disini ....
Sekarang jugak semua pasti sedang menunggu pekeliling SBPA ....
Tapi rasanya belum keluar... tapi taklimat ringkas memang tengah berjalan di semua jabatan dan agensi...
So rajin-rajin pergi dengar....
Since aku ni konpem pon belum... status amat merisaukan la jugak...
dengan dasar exit policy, lateral, gaji sebaris .... (tak de la paham sgt)...
Mengikut pegawai yang aku jmpa semalam.. dia cakap SBPA lebih bagus... harus la bagus kan...
** tiba3 aku risau plak dengan dasar perjawatan kejat ni... :(  hopefully kalau ada apa3 di luar jangkaan yg diputuskan resume aku masih laku di industri .... plg x pon kawan3 yg dah jadi manager kt industri sudi tgk resume aku nanti... :)


UPDATE :: pekeliling sbpa dah keluar pon... boleh rujuk sini . selamat membaca yea!!!

Sunday, December 4, 2011

Lagu Layak Ke Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)

how dare lagu POKOK xdapat masuk!!!! ku xpercaya cinta... hey hey ....
mugkin sbb bkn hazama yg nyanyi masa separuh akhir AJL .....


mengikut perjurian yg adil dan saksama lagu-lagu yang layak untuk bertanding 
pada 29 Januari 2012 adalah : (susunan ikot kesedapan halwa telinga aku) :


  1. POKOK : MUH
  2. Beribu Sesalan : Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  3. Awan Nano : Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  4. Kisah Hati : Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  5. Sedetik Lebih : Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  6. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  7. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  8. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  9. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  10. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  12. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  13. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
:: list aku ada 13 lagu sebab aku masuk kan jugak lagu POKOK.....hahaha..mgkin lagu ke 12 dan 13 dlm senarai kat atas tu tak patot layak... eh eh macam aku ni ada degre in music la plak!!!  btw... last year pon aku beria yakin bukan lagu Ana Raffali yang menang tp lagu tu jugak jadi juara... kali ni ntah3 menang kat Najwa Latif la plak.... errrrrrrrrr!!!

:: so tunggu la lagu mana plak juara AJL 26 ...harapnya Beribu Sesalan menang.... dgr lagu ni terbayang3 cerita Anissa kt tv3 .... 

Saturday, December 3, 2011

Nur Ain Cerekarama TV3

gegirls.. jom nengok FA ...cerekarama sekarang......
mengisahkan nur ain yg dilakonkan oleh eyka farhana...
diambil sbg anak angkat oleh Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha ....
keluarga kaya tapi sejadah pon tade kat rumah...
so how???
macam mana nur ain nak sesuaikan diri dengan family kebaratan....
jom nengok!!!

i like ... ayat pesanan dalam drama Nur Ain cerekarama tv3 :: lebih kurang la ayatnya...
"Kadang Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan petir...
Puas kita menangis tertanya-tanya mana hilangnya matahari...
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ..."

dan kawan3 peminat drama Melayu.....
perempuan dlm cerita ni yg bekerja dgn fasha sanda...
adakah beliau berlakon dalam Tentang Dhia...
watak kawan zikir yang kematian suami??
adakah org yang sama....

jejoms memononton Fahrin Ahmad...like like... hahaha

p/s untuk sahabat baik (nutt) :: ibu yg tgh berpantang terpaksa la tido awal xdpt tgk abg FA!!!

Friday, December 2, 2011

Komputer Sains. Azam & kerjaya aku

target dalam kerjaya... eh tetiba ada target da...
first of all .... mcm nk buat esei BI plak..
aku tak terfikir akan tercampak di mana aku berada sekarang...

entry ini adalah refleksi kepada apa yg lecturer aku bercerita dalam kelas...
kata beliau ...
- ramai student yang gagal dapat tempat kt ipt sbb salah pilihan course .
- bila satu-satu course itu menjadi pilihan..kriteria dia akan lebih ketat .
- maka yang tak memenuhi kriteria akan hilang peluang
kata beliau lagi ...
- buatlah pilihan yang tepat mengikut keputusan peperiksaan bukan mengikut cita2 anda yang masa darjah 1 tuh
(ekceli ayat ni aku olah sendiri la...dan lecturer aku ckp smpaikan pesanan dia ni kepada saudara mara anda!!)

kata aku ...
- kalau macam tu budak3 sekolah jangan ada cita-cita la....

kata kawan aku ....
- tak boleh la macam tu..kalau tade cita-cita lagi la diorang malas belajar...
- sekurang-kurangnya cita-cita tu adalah pemangkin utk belajar ...

dan nasihat aku ... 
:: adik3 jangan risau kalau cita-cita darjah 1 kalian gagal dicapai. mula mencintai apa yang korang ada sekarang dan mula men"grab" apa yang depan mata. rezeki itu Allah dah tentukan dan setiap orang ada bahagian masing-masing. mulakan mencongak laluan kerjaya kalian sejajar dengan apa yang korang belajar dekat Uni. jangan terpengaruh bila orang cakap course ni susah dapat kerja..tak laku ..atau apa3... sebab aku yakin setiap course yang ditawarkan dekat Uni ada laluan kerjaya yang kita boleh ikut... plg tak jadi lecturer utk course yg korang belajar tu.... cuma terpulang kepada kita nak atau tak ....... 

dan pengalaman aku ...
:: 5 tahun dulu di saat satu kampung sebok mengikuti kursus perguruan kerana kerjaya nya konpem adalah seorang cikgu... aku dipilih dicampak..tpi aku letak course ni dlm pilihan jgk untuk mengikuti pengajian dalam bidang komputer sains.... di mana aku tidak mengenal apa itu bahasa pengatucaraan ok!!! tp yeayyy aku berjaya survive!!! terima kasih dan syukur pada Allah yang beri aku kekuatan utk survive serta doa seorang ibu... serta kawan-kawan yang sangat best ever utk pastikan setiap asignment dan projek siap!!!

dan target aku dalam kerjaya sekarang ....
:: menjadi seorang pakar... ya negara kita Malaysia memerlukan lebih ramai pakar IT dan komputer... jadi bidang ini ada masa depan yang cerah.... cepat pilih bidang komputer sains ... UTeM ... UiTM ... ada lecturer yang bagus-bagus untuk membantu korang walaupon korang langsung tak tahu apa itu bahasa pengatucaraan... (dr. haryani saya dah sampaikan pesanan doktor pada semua!!! nanti bg sya extra mark... haha)

dan ini target aku ...
PTM Cemerlang ... pakar..
PTM tu apa? :: Pegawai Teknologi Maklumat 

Lalaun untuk menjadi PTM Cemerlang
p/s :: cintai apa yang depan mata!!