Showing posts with label PTM. Show all posts
Showing posts with label PTM. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Jadual / Tarikh Gaji 2012



Dalam usaha menghemahkan perbelanjaan untuk tahun hadapan.... dah ada tarikh-tarikh gaji boleh la buat apa yang patot dalam buku catatan dan kalendar yea...nak bercuti bila...nak shopping bila... hehe..so apa lagi jom merancang... :)

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2012 bagi Kakitangan Awam ....


BULAN
TARIKH
PEMBAYARAN
HARI
CATATAN
Januari
16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari
23 Februari 2012
Khamis

Mac
22 Mac 2012
Khamis

April
25 April 2012
Rabu

Mei
23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun
25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai
25 Julai 2012
Rabu

Ogos
13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September
25 September 2012
Selasa

Oktober
22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November
6 November 2012
Selasa
Deepavali13 November 2012
Disember
18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas 25 Disember 2012


Pekeliling jadual gaji boleh rujuk disini ....
Sekarang jugak semua pasti sedang menunggu pekeliling SBPA ....
Tapi rasanya belum keluar... tapi taklimat ringkas memang tengah berjalan di semua jabatan dan agensi...
So rajin-rajin pergi dengar....
Since aku ni konpem pon belum... status amat merisaukan la jugak...
dengan dasar exit policy, lateral, gaji sebaris .... (tak de la paham sgt)...
Mengikut pegawai yang aku jmpa semalam.. dia cakap SBPA lebih bagus... harus la bagus kan...
** tiba3 aku risau plak dengan dasar perjawatan kejat ni... :(  hopefully kalau ada apa3 di luar jangkaan yg diputuskan resume aku masih laku di industri .... plg x pon kawan3 yg dah jadi manager kt industri sudi tgk resume aku nanti... :)


UPDATE :: pekeliling sbpa dah keluar pon... boleh rujuk sini . selamat membaca yea!!!

Friday, December 2, 2011

Komputer Sains. Azam & kerjaya aku

target dalam kerjaya... eh tetiba ada target da...
first of all .... mcm nk buat esei BI plak..
aku tak terfikir akan tercampak di mana aku berada sekarang...

entry ini adalah refleksi kepada apa yg lecturer aku bercerita dalam kelas...
kata beliau ...
- ramai student yang gagal dapat tempat kt ipt sbb salah pilihan course .
- bila satu-satu course itu menjadi pilihan..kriteria dia akan lebih ketat .
- maka yang tak memenuhi kriteria akan hilang peluang
kata beliau lagi ...
- buatlah pilihan yang tepat mengikut keputusan peperiksaan bukan mengikut cita2 anda yang masa darjah 1 tuh
(ekceli ayat ni aku olah sendiri la...dan lecturer aku ckp smpaikan pesanan dia ni kepada saudara mara anda!!)

kata aku ...
- kalau macam tu budak3 sekolah jangan ada cita-cita la....

kata kawan aku ....
- tak boleh la macam tu..kalau tade cita-cita lagi la diorang malas belajar...
- sekurang-kurangnya cita-cita tu adalah pemangkin utk belajar ...

dan nasihat aku ... 
:: adik3 jangan risau kalau cita-cita darjah 1 kalian gagal dicapai. mula mencintai apa yang korang ada sekarang dan mula men"grab" apa yang depan mata. rezeki itu Allah dah tentukan dan setiap orang ada bahagian masing-masing. mulakan mencongak laluan kerjaya kalian sejajar dengan apa yang korang belajar dekat Uni. jangan terpengaruh bila orang cakap course ni susah dapat kerja..tak laku ..atau apa3... sebab aku yakin setiap course yang ditawarkan dekat Uni ada laluan kerjaya yang kita boleh ikut... plg tak jadi lecturer utk course yg korang belajar tu.... cuma terpulang kepada kita nak atau tak ....... 

dan pengalaman aku ...
:: 5 tahun dulu di saat satu kampung sebok mengikuti kursus perguruan kerana kerjaya nya konpem adalah seorang cikgu... aku dipilih dicampak..tpi aku letak course ni dlm pilihan jgk untuk mengikuti pengajian dalam bidang komputer sains.... di mana aku tidak mengenal apa itu bahasa pengatucaraan ok!!! tp yeayyy aku berjaya survive!!! terima kasih dan syukur pada Allah yang beri aku kekuatan utk survive serta doa seorang ibu... serta kawan-kawan yang sangat best ever utk pastikan setiap asignment dan projek siap!!!

dan target aku dalam kerjaya sekarang ....
:: menjadi seorang pakar... ya negara kita Malaysia memerlukan lebih ramai pakar IT dan komputer... jadi bidang ini ada masa depan yang cerah.... cepat pilih bidang komputer sains ... UTeM ... UiTM ... ada lecturer yang bagus-bagus untuk membantu korang walaupon korang langsung tak tahu apa itu bahasa pengatucaraan... (dr. haryani saya dah sampaikan pesanan doktor pada semua!!! nanti bg sya extra mark... haha)

dan ini target aku ...
PTM Cemerlang ... pakar..
PTM tu apa? :: Pegawai Teknologi Maklumat 

Lalaun untuk menjadi PTM Cemerlang
p/s :: cintai apa yang depan mata!!