Friday, December 2, 2011

Komputer Sains. Azam & kerjaya aku

target dalam kerjaya... eh tetiba ada target da...
first of all .... mcm nk buat esei BI plak..
aku tak terfikir akan tercampak di mana aku berada sekarang...

entry ini adalah refleksi kepada apa yg lecturer aku bercerita dalam kelas...
kata beliau ...
- ramai student yang gagal dapat tempat kt ipt sbb salah pilihan course .
- bila satu-satu course itu menjadi pilihan..kriteria dia akan lebih ketat .
- maka yang tak memenuhi kriteria akan hilang peluang
kata beliau lagi ...
- buatlah pilihan yang tepat mengikut keputusan peperiksaan bukan mengikut cita2 anda yang masa darjah 1 tuh
(ekceli ayat ni aku olah sendiri la...dan lecturer aku ckp smpaikan pesanan dia ni kepada saudara mara anda!!)

kata aku ...
- kalau macam tu budak3 sekolah jangan ada cita-cita la....

kata kawan aku ....
- tak boleh la macam tu..kalau tade cita-cita lagi la diorang malas belajar...
- sekurang-kurangnya cita-cita tu adalah pemangkin utk belajar ...

dan nasihat aku ... 
:: adik3 jangan risau kalau cita-cita darjah 1 kalian gagal dicapai. mula mencintai apa yang korang ada sekarang dan mula men"grab" apa yang depan mata. rezeki itu Allah dah tentukan dan setiap orang ada bahagian masing-masing. mulakan mencongak laluan kerjaya kalian sejajar dengan apa yang korang belajar dekat Uni. jangan terpengaruh bila orang cakap course ni susah dapat kerja..tak laku ..atau apa3... sebab aku yakin setiap course yang ditawarkan dekat Uni ada laluan kerjaya yang kita boleh ikut... plg tak jadi lecturer utk course yg korang belajar tu.... cuma terpulang kepada kita nak atau tak ....... 

dan pengalaman aku ...
:: 5 tahun dulu di saat satu kampung sebok mengikuti kursus perguruan kerana kerjaya nya konpem adalah seorang cikgu... aku dipilih dicampak..tpi aku letak course ni dlm pilihan jgk untuk mengikuti pengajian dalam bidang komputer sains.... di mana aku tidak mengenal apa itu bahasa pengatucaraan ok!!! tp yeayyy aku berjaya survive!!! terima kasih dan syukur pada Allah yang beri aku kekuatan utk survive serta doa seorang ibu... serta kawan-kawan yang sangat best ever utk pastikan setiap asignment dan projek siap!!!

dan target aku dalam kerjaya sekarang ....
:: menjadi seorang pakar... ya negara kita Malaysia memerlukan lebih ramai pakar IT dan komputer... jadi bidang ini ada masa depan yang cerah.... cepat pilih bidang komputer sains ... UTeM ... UiTM ... ada lecturer yang bagus-bagus untuk membantu korang walaupon korang langsung tak tahu apa itu bahasa pengatucaraan... (dr. haryani saya dah sampaikan pesanan doktor pada semua!!! nanti bg sya extra mark... haha)

dan ini target aku ...
PTM Cemerlang ... pakar..
PTM tu apa? :: Pegawai Teknologi Maklumat 

Lalaun untuk menjadi PTM Cemerlang
p/s :: cintai apa yang depan mata!!

No comments: