Wednesday, June 26, 2013

resepi bubur nasi

resepi bubur nasi senang dan mudah untuk si pemalas yang lapar.

bahan -bahan yang diperlukan
(sedikit semangat kerajinan)
- 2 pot beras
- 3 kiub ayam knorr (guna 3 sbb tade ayam dlm peti ais)
- 2 sudu minyak masak
- halia (dimayang sederhana tebal)
- 2 ulas bawang merah size sederhana (dimayang halus)
- 2 ulas bawang putih (dimayang halus)
- ikan bilis
- cili padi+kicap (buat sambal kicap)
- air secukupnya

cara-cara
- basuh beras dan rendam kejap dalam 2-3 minit.
- panas kan minyak dalam periuk tumis bawang.
- dah naik bau masukkan beras, air, halia dan kiub ayam.
- kacau sikit. tutup periuk. biarkan sampai jadi bubur.
- panas kan minyak dalam kuali dan goreng lah ikan bilis sampai rangup.
- potong cili dan tambah kicap.
now siap. boleh makan smbil tengok tv. mudah dan senang kan!!!

Tips
- guna periuk paling besar yang ada kt dapur
  sbb klu periuk kecik beras tuh susah nak kembang jadi bubur.
- sukatan air tu macam 3x or 4x kali lebih dari sukatan air untuk masak nasi.
- kalau ada ayam dalam peti gunalah ayam dan kurangkan kiub tuh
- sesekali tengok la jugak bubur atas dapur tu kot la xcukup air ke apa.
  klu nmpak macam dah kering tapi belum jadi bubur tambah air lagi.
- sementara beras nak transform jadi bubur..
  maka buatlah kerja3 lain....mandi.kemas bilik.lipat baju.mop lantai dsbgnya.
- klu buat 2 pot untuk seorang pon abes tapi memang seharian tu makan bubur je la
  dari sarapan sampai supper.so xpayah pikir lunch nak makan apa,
  dinner nak makan apa (tambah3 on wikend)...

lazatnya saya masak. haha.

Monday, June 24, 2013

transfer fund via maybank2u ke bank islam

di kala kecoh satu dunia yang internet sepantas kilat di hujung jari.
masih ada yang sanggup beratur di kaunter bank.
atau maju sikit beratur di ATM CDM dsbgnya.
untuk buat bermacam urusan.
dan aku adalah salah satu darinya.
sebabnya.
aku kadang paranoid. dengan sistem error.
trauma dengan kes kehilangan duit dalam akaun akibat spammer link.

tapi double trauma yang berlaku last week.
ada girl kena rompak dalam lift di block rumah aku.
tambah aku lagi trauma nak bawa cash.

kisah girl kena rompak.
sebenarnya kes kena samun dalam lift kt block rumah aku tu.
berlaku bukan terpencil. dah kira macam kerap jugak.
tapi biasalah manusia macam aku.
selagi xkena batang hidung or xberlaku depan mata.
memang xkan amek pengajaran.
so kisahnya girl ni berlaku depan mata la...
ceritanya...
dia dari GF nak ke F10. naik lift bersama seorang lelaki melayu gemuk (LMG).
rupanya LMG perompak. sampai F2 LMG keluarkan pisau acu ke perut si gadis.
Paksa serah segala cash barang kemas bagai. dan lift bergerak samapi ke F14.
LMG paksa si gadis kelaur dari lift dan si gadis menjerit..
"tolong saya dirompak"...ketuk3 tingkap rumah aku... so scary dgr cerita si gadis.
aku hanya mampu tolong call 999.
(sebenarnya osmet aku yg call sbb aku pon menjadi panic mengalah kan yang dirompak).
pengajaran nya aku xnak bawa cash dah.

ok. berbalik pada internet di hujung jari.
rentetan dari aku xnak bawa cash.
selalu aku bawa cash bila time nk kena bayar loan itu ini. transfer duit ke mom dsbgnya.
aku buat transaksi di CDM & ATM. so klu machine out of service.
ke hulu ke hilir lah cash dalam tangan.
ok insaf. mari manfaatkan teknologi.
mari cuba hilang trauma dan paranoid terhadap sistem error.
mari belajar percaya pada antivirus dan yakin pada internet security.

yea ada solution nya.
dari maybank2u aku boleh buat giro interbank transaction ke bank Islam.
services fee rm0.10. ok hanya 10 sen sahaja..
dengan 10 sen mungkin boleh elakkan aku membawa cash yg berlebihan.
untuk transfer duit ke akaun mom bank islam. pilih fund transfer..
untuk bayar loan kereta bank islam juga. pilih hire purchase payment..
tapi untuk buat payment asb loan cimb dari maybank2u adalah TAK BOLEH..
kenapa tak boleh aku tiada jawapan. ini info dari customer service maybank.
so aku mungkin cari kawan yang ada cimbclick. 
sbb aku boleh transfer ke acc cimb dia dan dia boleh tlg byrkan ke acc loan asb aku.
anyone?? :)

untuk maklumat lanjut :

maybank2u.


hari ini nisfu syaaban.
yang berpuasa. selamat berpuasa.
semoga Malaysia cepat3 bebas jerebu.
jaga diri jaga kesihatan.