Monday, December 9, 2013

kek coklat moist kukus

resepi kek colat kukus simple.
resepi yang mudah cepat dan lazat.
resepi dan cara yang khusus untuk si pemalas yang miskin.
yakni tidak mempunyai mixer dan oven.
makanya resepi ini hanya guna blender
dan juga teknik kukus.

bahan A:
3 biji telur
1 cup gula
1 cup susu pekat
1 cup susu cair
1 sudu teh esen vanilla

*blend bahan A sampai sebati
(sampai campuran nampak ringan dlm blender)

bahan B:
3 cup gandum
1 cup serbuk koko
1 cup minyak masak
1/2 cup air panas
1 sudu teh bikarbornat
1 sudu teh baking powder

*campur semua bahan B dalam bekas yang kering
*kalau nampak cair sangat tambah la serbuk koko+gandum sikit
*kacau sebati then campurkan bahan A ke dalam bekas bahan B
*blend semula campuran A+B+1 petak colat masakan nak bagi sebati
*coklat masakan tu nak letak berapa petak pon suka hati la..
*kalau xmuat nak blend sekaligus..buat 2 kali ke 3 kali ke..
*tade sape nak marah pon!!!
*bila dah blend sebati..now siap untuk dikukus.
*letak dalam bekas untuk kukus.
*kukus lebih kurang 15-20minit..
*masa kukus bergantung la pada kondisi pengukus anda..
*takot ada pengukus yg lambat panas...masa 30-40minit.
*nak tahu masak ke tak..ambik garfu cucuk kek..xmelekat masak la tu..

bahan C: coklat leleh.
3 petak coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar susu cair
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk koko

*campur semua bahan C dalam periuk kering
*letak periuk dlm air panas yg baki lepas kukus kek tu.
*guna kaedah double boiler la ni.
*dah cair boleh letak atas kek yg dah sejuk yea.
*siap. boleh makan.
*simpan sejuk lagi sedappp...

**p/s: cup = cup yang guna untuk masak nasi tu. btw nak guna cawan pon boley ja

moist choc cake!! yummy


Tuesday, August 20, 2013

kesan media sosial kepada interaksi persekitaran

kalau baca tajuk entry ni dah macam tajuk assignment. haha.

sejauh mana media sosial seperti facebook dan twitter
memberi kesan kepada interaksi persekitaran termasuk
hubungan antara keluarga, sahabat, rakan kerja dan masyarakat.

dari sudut komputer sains
- faktor sperti bandwith, coverage, type of device dll
- hipotesis 1 : "semakin kurang coverage, semakin susah akses kepada media sosial"
- hipotesis 2 : "Semakin susah akses kepada sosial media, semakin kurang komen & like"
- hipotesis 3 : "semakin kurang komen & like, semakin kurang interaksi & komunikasi"
- hipotesis 4 : "semakin kurang interaksi & komunikasi, semakin renggan hubungan/tali persaudaraan"

dari sudut psikologi
- faktor kekerapan update status, penggunaan emoticon, bahasa dll
- hipotesis 1 : "semakin kerap update status, semakin banyak emoticon digunakan"
- hipotesis 2 : "semakin banyak emoticon digunakan, semakin berisiko untuk menyentuh emosi/sensitiviti "
- hipotesis 3 : "semakin berisiko untuk menyentuh emosi/sensitiviti, semakin banyak kemungkinan salah paham"
- hipotesis 4 : "semakin banyak kemungkinan salah paham, semakin renggan hubungan/tali persaudaraan"


setuju atau tak dengan hipotesis saya.
anda tentukan.

moralnya, bersederhanalah dalam semua perkara.
kawal emosi, jaga intonasi.

Monday, July 22, 2013

gulai kuning ikan aya@tongkol

menu paveret sepanjang hayat!!
aku ni boleh kata pencinta ikan ayo. tahu.
kadang2 aku doa agar ikan ayo xpupus dek pencemaran air laut.
haha. sampai macam tu sekali.
ikan atau ike. sama ja. bukan ikea yg ada meatball sedap tuh.
ike ayo atau aya sama juga. refer pada ikan tongkol juga

petang ni kalau ada yang tak tau nak masak apa.
nah aku bagi idea. gulai kuning ikan ayo.
atau boleh la panggil masak lemak ikan tongkol.

resepi mudah senang dan lazat.

bahan-bahan.
- seekor ikan ayo@tongkol size sederhana
- 5 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih *
- 2cm halia (haha..siap pakai ruler) *
- 3 tangkai lada kering (kalau size kecik guna 5 tangkai) *
- serbuk kunyit (secukup kuning korang nak) *
- sekotak santan (aku guna santan M&S)
- air secukupnya
- 3 asam keping (size kecik, klu besar 1 pon cukup la)
- sedikit garam
- kacang panjang
- timun
- cili/lada

cara-cara.
1. rebus ikan ayo bersama asam keping & sedikit garam
(selalu aku rebus ikan ni awal3 la)
2. masukkan semua yang bertanda * ke dalam blender dan blend smpai hancur
(time ni klu rasa xkuning tambah serbuk kunyit, sebab nak balance kan dengan
lada kering yg mungkin terlebih.. jadi merah3 plak)
3. semua yang diblend, masuk ke dalam periuk yang nak menggulai pastu masukkan santan sekotak dan masuk air secukupnya. letak atas dapur.
(aku ikut nisbah 1:3, 1 kotak santan:3 kotak air)
4. biarkan sampai menggelegak. jangan lupa kacau
5. masuk kan ikan ayo biar kejap. tambah garam kalau xmasin.
masuk juga asam keping yg guna time rebus ikan tuh
6. last masukkan timun, kacang pangjang & cili. biarkan kejap tapi jangan lama.
agak3 kacang & timun dan masak ok la.
7. siap. wah wanginya bau.

nota tambahan:
- lada kering ke cili kering terpulang pada kampung masing3.
  kampung aku panggil lada@lado kering.
- cili/lada tu memang xpayah hiris. terus letak ja.
- nak lagi sedap, makan kena ada sambal lada. so rajin3 buat.
- guna cili/lada ni dengan jumlah ganjil. sebab nanti kepedasan dia lagi terasa. petua. haha
- xsempat snap gambar sebab xsabar nak ngap!! gugel sendiri rupa cane..

Monday, July 1, 2013

Hari Keluarga Hjh Fatimah 2013

Family Day 2013.2&3 Jun.
Senangin Resort and Cafe, Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

baru sampai.

without-me


sebahagian besar ahli keluarga yg dapat ikut.
yang lain ada komitmen kerja dsbgnya.


ayah isa+cikdah = anak3 - kakak
ayah nor+cikyah = anak3
ayah jid+ciknor = anak3
anak3 hjh Fatimah + arwah hj Sulaiman.
dari kiri: ayah nor-ayah jid-ayah isa-mok-mom-ayah mat
(not in pic mek & cuyie)
tulang belakang keluarga yang saya sayang smpai hujung nyawa.

me with bros




me with mom&mok



laut & matahari

me at pantai sri tujoh

ini hjh fatimah

most popular - Tumpat- nasi air dingin -
 tq ayah jid yg bersusap payah cari nasi berlauk air dingin for our bfast.



Dear FF members,
looking forward Ramadhan Gathering.
lokasi rumoh mok with menu wajib daging gulai kicap, akok, sira pise
dan sebagainya..... haha... 24 jam makan.

Ramadhan countdown. 8 days from today.
Semoga tahun ni dapat terawih dengan lebih jaya berbanding tahun lepas.
semoga jumpa lailatulqadar. ameennn.


Wednesday, June 26, 2013

resepi bubur nasi

resepi bubur nasi senang dan mudah untuk si pemalas yang lapar.

bahan -bahan yang diperlukan
(sedikit semangat kerajinan)
- 2 pot beras
- 3 kiub ayam knorr (guna 3 sbb tade ayam dlm peti ais)
- 2 sudu minyak masak
- halia (dimayang sederhana tebal)
- 2 ulas bawang merah size sederhana (dimayang halus)
- 2 ulas bawang putih (dimayang halus)
- ikan bilis
- cili padi+kicap (buat sambal kicap)
- air secukupnya

cara-cara
- basuh beras dan rendam kejap dalam 2-3 minit.
- panas kan minyak dalam periuk tumis bawang.
- dah naik bau masukkan beras, air, halia dan kiub ayam.
- kacau sikit. tutup periuk. biarkan sampai jadi bubur.
- panas kan minyak dalam kuali dan goreng lah ikan bilis sampai rangup.
- potong cili dan tambah kicap.
now siap. boleh makan smbil tengok tv. mudah dan senang kan!!!

Tips
- guna periuk paling besar yang ada kt dapur
  sbb klu periuk kecik beras tuh susah nak kembang jadi bubur.
- sukatan air tu macam 3x or 4x kali lebih dari sukatan air untuk masak nasi.
- kalau ada ayam dalam peti gunalah ayam dan kurangkan kiub tuh
- sesekali tengok la jugak bubur atas dapur tu kot la xcukup air ke apa.
  klu nmpak macam dah kering tapi belum jadi bubur tambah air lagi.
- sementara beras nak transform jadi bubur..
  maka buatlah kerja3 lain....mandi.kemas bilik.lipat baju.mop lantai dsbgnya.
- klu buat 2 pot untuk seorang pon abes tapi memang seharian tu makan bubur je la
  dari sarapan sampai supper.so xpayah pikir lunch nak makan apa,
  dinner nak makan apa (tambah3 on wikend)...

lazatnya saya masak. haha.

Monday, June 24, 2013

transfer fund via maybank2u ke bank islam

di kala kecoh satu dunia yang internet sepantas kilat di hujung jari.
masih ada yang sanggup beratur di kaunter bank.
atau maju sikit beratur di ATM CDM dsbgnya.
untuk buat bermacam urusan.
dan aku adalah salah satu darinya.
sebabnya.
aku kadang paranoid. dengan sistem error.
trauma dengan kes kehilangan duit dalam akaun akibat spammer link.

tapi double trauma yang berlaku last week.
ada girl kena rompak dalam lift di block rumah aku.
tambah aku lagi trauma nak bawa cash.

kisah girl kena rompak.
sebenarnya kes kena samun dalam lift kt block rumah aku tu.
berlaku bukan terpencil. dah kira macam kerap jugak.
tapi biasalah manusia macam aku.
selagi xkena batang hidung or xberlaku depan mata.
memang xkan amek pengajaran.
so kisahnya girl ni berlaku depan mata la...
ceritanya...
dia dari GF nak ke F10. naik lift bersama seorang lelaki melayu gemuk (LMG).
rupanya LMG perompak. sampai F2 LMG keluarkan pisau acu ke perut si gadis.
Paksa serah segala cash barang kemas bagai. dan lift bergerak samapi ke F14.
LMG paksa si gadis kelaur dari lift dan si gadis menjerit..
"tolong saya dirompak"...ketuk3 tingkap rumah aku... so scary dgr cerita si gadis.
aku hanya mampu tolong call 999.
(sebenarnya osmet aku yg call sbb aku pon menjadi panic mengalah kan yang dirompak).
pengajaran nya aku xnak bawa cash dah.

ok. berbalik pada internet di hujung jari.
rentetan dari aku xnak bawa cash.
selalu aku bawa cash bila time nk kena bayar loan itu ini. transfer duit ke mom dsbgnya.
aku buat transaksi di CDM & ATM. so klu machine out of service.
ke hulu ke hilir lah cash dalam tangan.
ok insaf. mari manfaatkan teknologi.
mari cuba hilang trauma dan paranoid terhadap sistem error.
mari belajar percaya pada antivirus dan yakin pada internet security.

yea ada solution nya.
dari maybank2u aku boleh buat giro interbank transaction ke bank Islam.
services fee rm0.10. ok hanya 10 sen sahaja..
dengan 10 sen mungkin boleh elakkan aku membawa cash yg berlebihan.
untuk transfer duit ke akaun mom bank islam. pilih fund transfer..
untuk bayar loan kereta bank islam juga. pilih hire purchase payment..
tapi untuk buat payment asb loan cimb dari maybank2u adalah TAK BOLEH..
kenapa tak boleh aku tiada jawapan. ini info dari customer service maybank.
so aku mungkin cari kawan yang ada cimbclick. 
sbb aku boleh transfer ke acc cimb dia dan dia boleh tlg byrkan ke acc loan asb aku.
anyone?? :)

untuk maklumat lanjut :

maybank2u.


hari ini nisfu syaaban.
yang berpuasa. selamat berpuasa.
semoga Malaysia cepat3 bebas jerebu.
jaga diri jaga kesihatan.

Monday, March 4, 2013

Doa Seorang Marhaen


aku tak punya fakta untuk berkata
aku tak punya hujah untuk bersuara
tapi aku punya rasa dan jiwa
untuk ku lakar pada dunia

pada yang punya agenda
pada yang punya sandiwara
pada yang punca angkara
pada yang ada rahsia

mohon kalian ketepi kepentingan diri
mohon kalian cuba bersatu hati
sekurang-kurangnya untuk hari ini
seboleh-bolehnya untuk hari-hari yang menanti

kerana pepatah orang tua-tua terpahat kukuh
yang pastinya ada sebab untuk kita patuh
kata  mereka Bersatu Kita Teguh
Bercerai Kita Roboh

aku bukan perwira bangsa
aku hanya rakyat biasa yang ingin selesa
namun aku punya teman dan saudara
yang memilih untuk berjuang demi bangsa.

doaku buat perwira bangsa
moga perjuangan kalian diredhai yang Esa
moga damai yang kita cari menjelma
jasa kalian pasti tiada galang gantinya.


Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah urusan perjuangan ini.
Ya Allah Ya Tuhanku...cucurilah rahmatMU kepada mereka yang gugur dalam perjuangan ini. Tempatkan roh mereka bersama orang-orang yang soleh.
Ya Allah Ya Tuhanku...kau berikanlah ketabahan kepada keluarga pejuang-pejuang ini.
Berilah kekuatan untuk mereka menghadapi saat-sat getir dalam hidup ini.


Tuesday, February 26, 2013

cuti-cuti jakarta & bandung 2013


hujung februari sudah.
setuju atau tak jumlah hari bekerja pada bulan februari menyamai jumlah hari cuti.
itu mungkin untuk aku dan sesetengah orang yang bercuti mengalahkan amoi nak sambut CNY.
huhahua. cuti haruslah seronok!!


dan hasil dari perancangan bertahun
aku dengan jayanya menjadikan trip mom-son&doter satu realiti.
tapi aku tak mampu la angkut semua 3 org adik lelaki.
cuma sorang ja yang bertuah. nanti dia bayar balik bawa aku g korea. buleh?
macam la trip pergi jauh. haha. pergi indon ja pon.
meh meh nak kongsi trip yang xseberapa ni.
aku tulis pasal trip ni kt blog ni sebab aku kira macam nak bayar balik.
bayar balik?? bayar apa??
bayar balik dekat random googler (org yg suka menggoogle secara random)/reader/blogger
berkenaan tips/info untuk ke jakarta dan bandung.
sebabnya.. aku pergi ke sana memang 90% adalah dengan bantuan info & tips kat blog.
10% lagi pengalaman sebab ni adalah 2nd time pergi.
aku pergi 1st time company trip. adik aku pergi 1st time student program kot.


tiket
usahalah tiket promo Air-Asia. semua org tahu.haha.
tapi aku pergi xberapa nak promo smpai 1 sen nyer tiket.
total up dapat la 1k untuk 3 tiket. termasuk luggage yang cukup.
(kalau anda blur berapa luggage nak amek. anda buat istikharah).haha.
okok. aku pergi 15kg. balik 45kg. cukup3.
tiket aku ke Jakarta, smpai ja terus amek cipaganti XTrans (105k perhead) ke Bandung.
ok. 3jam perjalanan lebih kurang. keluar ja pintu airport tu dah ada kaunter Cipaganti untuk ke Bandung.
Jangan risau dan gelabah sangat. siap ada jual simcard lagi. so beli siap3.


hotel-Bandung
yehaa..aish.. rasa tertipu sedikit dgn budget sendiri. sbb budget hotel terlebih!!
masa kat bandung kami stay di Kenangan Hotel, Bandung
after buat explorace, rupanya hotel ini di belakang hotel yang aku pernah stay masa company trip.
aku ingat sebab ianya hanya walk distance ke Kartika Sari.
kenapa Kenangan Hotel?
-senang book. melalui email sahaja.(info@kenanganhotel.com)
-walking distance ke Stesen Keretapi Bandung
-walking distance ke Kartika Sari
-Rp 60k ke pasar Baru naik teksi BlueBird.
(lebih kurang macam kita duk Dynasty Hotel nak ke Jalan Tar.aku agak la)



aktiviti- Bandung
-kami di Bandung 3hari2mlm. first day sampai terus shopping pasar baru.
-malamnya jejalan ke Cihamplas naik teksi BlueBird
-2nd day guna khidmat supir ke Kawah Putih & Tasik Situ Patengan. asalnya aku igt supir hanya bawa ke Kawah Putih. rupanya aku boleh guna khidmatnya whole day. so lepas ke kawah putih belah pagi then petang nya pusing Bandung. normal things la. pergi Toko 3, Rumah Mode etc. cakap je kt pak supir tu mahu ke mana. kos 1day supir dlm Rp 500k.
-3rd day, gerak ke Jakarta(stesen Gambir) menggunakan train (tiket eksekutif Rp60k per head). stesen train
Bandung ni mmg betol depan hotel Kenangan. jalan ja. lebih kurang 3jam++ perjalan sampai la ke stesen Gambir, Jakarta.
kawah putih

kawah putih lagi

tasik situ patengan
jom ke jakarta pulok!!

stesen keretapi Bandung

hotel-Jakarta
di Jakarta, kami stay at Paragon Hotel, Jalan Wahed Hasyem. btw sekitar jalan Wahed Hasyem ni banyak ja hotel. kenapa Paragon?
-harga berpatutan. central, dekat dengan Monas, Tanah Abang, Thamrin City
-dari Paragon nak ke semua tempat tu, kami naik Bajaj (teksi roda 3). tambang sekali naik 20k, sebelum naik tanya siap3 yea.
-kebanyakan hotel di Jakarta kalau nak book awal must use cc. so tipsnya, dah sampai sana baru call untuk book la. macam aku, 1day before ke Jakarta aku call Paragon untuk booking.

aktiviti-Jakarta
-3rd day, selepas 3 jam perjalan dengan train smpai la ke stesen Gambir, Jakarta. amek teksi ke Paragon. dekat ja. tambang dlm 60k dr stesen Gambir. lepas check in. rehat jap. pastu kami ke Monas. jejalan melawat kawasan. kemudian balik hotel rehat. malamnya.. yehaa pergi The City SPA. asalnya nak g SPA kat Bandung, tapi full book.
-4th day.. pagi sampai petang kat Tanah Abang. haha. amek kaww.... malam nya aku+adik(mom rest kat hotel, super penat dah) sempat ke Monas again (konon nak tengok suasana malam).hoho. kemudian ke Thamrin City (hurghh dah nak tutup, sempat la ldinner kat Dapur Mie (nasi goreng super seedappp). lepas makan kami ke Bundaran Hi yang dilanda banjir 2 weeks before kami ke sana. Naseb la banjir dan darurat reda. kalau tak memang burn la tiket. haha.
-5th day. bergerak ke airport dan pulang!!.. jgan lupa airport tax Jakarta yea Rp150k perhead.

naek bajaj ke Monas

doter_mom_son

Monas, Jakarta

mom_son

me

Monas lagi
dan sekiranya kamu adalah penjawat awam seperti aku. pasti buat permohonan untuk ke luar negara.
untuk dapatkan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian.
permohonan ini untuk dapat kan kebenaran rasmi ke oversea untuk melancong.
nak make sure yang kita pergi bukan atas tajaan mana-mana pihak berkepentingan.
ini juga untuk dapat cover insurance lah. untuk diri sendiri saja yea.
dah dapat surat kelulusan baru boleh mohon insurance diri plak yea.
kerajaan akan beri sekali sahaja untuk setahun.tak melebihi 30 hari tempoh perjalanan. 
(kena baca pekeliling lah)
kalau pergi oversea 2,3 kali setahun tu..korang amik lah insurance untuk trip paling lama.
contoh macam ni la..
tahun 2013 ni dah plan nak pergi jejalan USS 2 hari dan Istanbul 12 hari (contoh saja..)
so, buat la permohonan insurance semasa pergi Istanbul tu..hehe...
sebelum bertolak ke luar negara tu, make sure korang dapat insurance card macam kat bawah ni.
myTravelsafe

gabungan baiduri

wahh..seronok kan cuti.. so jom plan cuti-cuti lagi.
yea yea budak tu dah beli tiket g Krabi uh!!!
me? penuhkan tabung balik lah..
dah berjuta rupee habes kan.. weeee





Sunday, January 13, 2013

Resepi Laksam


Laksam cara saya senang & mudah:

Bahan (untuk laksam) :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara (laksam)
Letak pengukus atas dapur (jangan lupa la letak air). Biarkan dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur semua bahan (untuk laksam) kemudian kacau sebati. Ok, air dah mendidih kan. Sapukan minyak masak pada tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian letak sesenduk campuran yang sebati tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit.

Bahan (untuk kuah)
½ kilo ikan sardin (ike selaye)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar (yang kuning tuh)
¼ halia
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
1 keping asam keeping
1 kotak santan

Cara-cara (kuahnya)
Rebus ikan sehingga masak lah. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan tadi. Blend kan semua campuran lagi sekali sehingga betol2 hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan dan asam keeping, letak atas dapur. Kacau dan masak hingga mendidih.

Ulam dan sambal
Untuk ulam hiriskan daun kesum, kacang panjang dan timun.
Untuk sambal blendkan cili padi bersama sedikit cuka makan.

Tips:
Kepekatan untuk buat laksam ni kena ikut nisbah 2:3, air lebih 1 sukatan daripada tepung, so xkesah la guna bekas apa pon cawan ke gelas ke.. hehe... Tapinya aku tak ikut juga sebab aku suka buat dulu satu pastu tengok hasilnya lepas kukus tu kalau lembik sangat tambah tepung....kalau keras dan tebal ja macam lempeng tambah air and so on..sampai la dapat hasil yang rasa puas hati dan cantik dah..

Nak tahu masak ke belum, bila dah mengelembung selepas 5 ke 6 minit..dah masak la tu.. biarkan ia suam sikit baru lah gulung kan. Guna la sudu masa nak gulungkan tu.

Andai kata laksam tadi lembik juga… boleh letak tepung gandum sedikit.

laksam sedap


Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013


januari 2013.
tahun berubah masa berubah.
berubah terubah atau mengubah.
di mana kita. kita yang tahu.
selain drpd DIA Yang Maha Mengetahui.

syukur.
masih bernafas di tahun 2013.
disebabkan faktor persekitaran.
urusan kerja dan lain-lain menggunakan kalendar Masihi.
maka benyak perkara yang seperti azam baru dan sebagainya.
dibuat menjelang tahun baru Masihi.
Bila ucap Selamat tahun baru 2013.
Ini bukan bermakna kita lupakan tahun hijrah.
Kita masih baca doa awal tahun menjelang 1 Muharram.

Semoga 2013 akan lebih sempurna daripada sebelumnya.
Semoga aku, kamu dan kalian berhidup dengan lebih baik.