salam REJAB.....lama aku xhupdate pape kt blog.....betapa busy nya aku hingga xdpt nk mgupdate blog sendiri juga melawat blog rakan3......sedar xsedar (sape yg xsedar, sila sedar)....sekarang dah bulan rejab da kawan....sungguh sedih bg diri aku sendiri sbb aku belum sempat hatta walau sehari untuk berpuasa sunat di bulan rejab ini.....bila dah rejab maknanya kita makin dekat dengan Ramadhan.....kpd kawan3 yg belum setelkan hutang puasa tahun lepas...baik kalian langsaikan skrg.....nanti hutang jadi berganda3 pulak...tak tercapai dek akal nak mengganti......well kt bawah ni ada sedikit info yg boleh kita kongsikan bersama.......yang penting segala yang kita lakukan ikhlas kerana Allah swt.....
Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya
“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah”
seperti yang telah disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya seperti dibawah ini ….. 1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah 3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.
bila kaki sakit....kaki pon sakit... lama xhupdate...sbb busy dgn tuntutan kerja (sila muntah).... kembali bekerja stelah 3 hari cuti dan 5 hari dirumah...(sekejap ja aku rasa)... kaki aku sakit...(pagi tadi masa nk turun tangga, "terpeleut"....sbb aku turun tangga dgn keadaan asyik menyanyi lagu ARORA juga sebok mencuri pandang kereta satria milik seorang jejaka ensem.....wahhh jgn la plak jejaka satria tuh terjumpa blog aku...ahahha...mmg dasar gadis pemalu).....
tade apa yg berlaku sepanjang waktu terdekat ini....selain ~~ cuyie kawen (SELAMAT PENGANTIN BARU CUYIE+CikSU) ~~ aju dh start kuliah kt uitm (SELAMAT MGHAFAL AKTA dan FAKTA yg katanya buku setebal3 nya) ~~ selamat hari bapa utk bapa3 suma (DAH LAMA LEPAS KOT)...
dan seorang aku mengharapkan ia jadi kenyataan.....tp semuanya hanya perancangan dan hanya DIA yang tahu apa yg terbaik utk HAMBANYA....
** antara kepingan gambar3 kawen cuyie!!!! **tiba3 aku rasa nak majlis kawen yg ada istiadat pedang cam cuyie jugakk...wahahah.... **aku pengantin wannabe ke??? heheh
makcik aku akan bercuti mulai esok...jgn rindu3 aku...kalu aku sempat nanti aku guna handpon pakcik aku call ko (jimat kedit aku)......ermmm ada news aku nk gossip nga ko tapi sebab ko tiada di talian terpaksa la ditangguhkan dulu...aku taw saat ini atok ko amat memerlukan ko.....smpai salam aku utk atok&mek ko....juga mak ko...juga akim,nazira,acu,cikja dan semua.....(dh mcam suma aku kenal pulak).......igt pesan aku walau apa pon ko tetap kambenku....ahahahah...diperlukan bila rumput halaman rumahku panjang!!!!! weh sepanjang percutian aku....kalu ko rindu aku...baca entry ni berkali....hahhaha
kambenku sayang - kau lah sahabat aku paling LAWAk - kau lah paling memahami ayat3 aku yang seterusnya - kau lah plg cepat mengerti setiap maksud tersirat kata3 aku - kau kawan sejati aku (perghhh ayat dah mcam kamben) ** tp suma nie ikhlas dan sebuah kenyataan
~~ ko ingat x sape neyh???~~
~~ konon letey ~~
~~ konon lawaK~~
~~ neyh pic masa first year kan?? ~~
** ujie tima kasih banyak3 tlg aku....jasamu ku kenang hingga akhir hayat!!!!......
Mengetahui belahan otak mane paling dominan dlm hidup kita dapat memberi jawapan kepada setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan. Well aku xsure sebelum ni aku pernah buat test mengenai Otak Anda Yang Paling Dominan atau tak???...mgkin aku xjumpa test sebegini dalam Face Book (I'm olso one of FBians yg addict quiz)... disebabkan aku tiba-tiba terperasan yang aku neyh suka sangat buat kerja guna figure+table dsbgnya (smpai my opismate ckp, "nurrul neyh, mesti nk buat camtuh"...."nurrul share table tuh...cam menarik")...so aku terpikir analitik dan terperinci ke aku??? tapi yg xdinafikan subject Maths mmg kegemaran aku dr darjah 1 smpai skrg...(dan ini berbeza dgn 3 adik lelaki aku yg sangat menyampah dgn Maths, smpai adik3 aku ckp "balik3 nk banding results math, cuba tgk result english???"...ahhaha..patot la aju ko buat asasi law kt uitm tuh...)...tapi aku tetap rasa aku berjiwa seni dan sentimental sbb aku boleh bersajak, bersyair, berlakon teater cuma menyanyi ja xbley sbb suara aku iras3 sheila majid....takot plak nanti kena jadi penyanyi....xpasal3 aku kena tukar bidang dari bidang software ke seni suara...owhh xsanggup....
well...aku amat tertarik dgn ayat bro wordpress yg aku jmpa setelah sesi googlelan berjalan, tulisnya : "Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya"
dan seorang aku telah mengambil test untuk mengetahu dimanakah hemisfera otak yang banyak anda gunakan??? dan keputusan membuatkan aku sedar mungkin aku tidaklah berbakat dalam TEATER atau mendeklamasikan SAJAK......sila baca keputusan aku dan jom kongsi keputusan korang dengan aku....
Your Brain Usage Profile: Auditory : 63% Visual : 36% Left : 68% Right : 31%
nurrul, you are mildly left-hemisphere dominant while showing a slight preference for auditory processing. This overall combination seems to indicate a well-working blend of logic and judgment and organization, with sufficient intuition, perception and creativity to balance that dominance.
summary tuh sikit ja aku papar...sbb biarlah bait3 seterusnya hanya untuk aku sahaja!!!
**kata.papan.kekunci:: korang sila la amek test juga dan kongsi bersama aku. KLIK DISINI untuk amek test juga
Sensitif ::Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet ::Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus ::Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas ::Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban ::WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin ::Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja ::Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum. bukan LESBIAN
Ego ::WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta ::CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks ::SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
**Kata.Papan.Kekunci::"wahai LELAKI hargailah WANITA kerna ibu anda juga seorang yang bernama WANITA"
**Pesan.Papan.Kekunci::"artikel ini dari sebuah laman yg laen...kredit to soleh.net"
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
** copy from LAMAN TELADAN untuk bacaan dan tatapan rakan-rakan juga mengingatkan diri seorang aku!!!
~~ dalam meniti usia kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri nie terperasan pada diri seorang aku banyak yang berubah...pelbagai aspek, sudut, segi dan macam- macam lagi.... antaranya bahan bacaan aku yang berubah seiring peredaran usia aku..... mungkin syndrom ini hanya di alami oleh aku bukan kamu....oleh kamu dan bukan aku.... atau oleh kita semua..... bukan pon aku cakap yang aku neyh SUKA MEMBACA tapi kdg3 itu macam hakikat..... dari gossip artis smpai la berita politik.... aku suka amek taw.... cam busy body jugak.... tapi sebagai salah seorang anggota masyarakat, dah kira macam satu keperluan juga kita mengambil tahu apa yang terjadi disekeliling kita..... contohnya "anok pokya ujung kg masuk askar", "cucu moksu senah dapat 4 flat", "mak cu senah nikoh pulok"...dan macam3 lagi la.... ekekke.....
dan sedar atau tak aku juga sering beralih bahan bacaan mengikut usia ::: :: masa umur 7 - 10 tahun :: aku suka baca KAWAN, MICKEY MOUSE, KUNTUM :: masa umur 11-13 tahun :: aku fanatik UJANG (bumper RAYA, PUASA, CUTI SEKOLAH mcm3), GILA-GILA, masih beli majalah KAWAN :: masa umur 14-15 :: MANGGA (majalah artis kolam renang), HAI (setiap kali beli, sorok bawah tilam sbb takot mom marah, skali angkat tilam..penuh majalah HAI), MEDIA HIBURAN :: masa umur 16-17 :: REMAJA, MASTIKA, FOKUS SPM (poyo3), :: masa umur 18-20 :: budget utk bahan bacaan mula kurang kemudian tade sbb budget guna utk beli top up MAXIS.... tapi tyme neyh aku khatam NOVEL3 CINTA milik kasen aku cth OMBAK RINDU (5x baca), KAU YANG SATU (3x baca), satu3nya novel aku beli RIA QISTINA, dan bnyak lgi la NOVEL ALAF 21..... aku juga baca majalah MINGGUAN WANITA (mak aku nyer)... kdg3 baca MASKULIN (paksu aku nyer) :: masa umur 21-23 :: langsung xbeli majalah..... baca pon pnjam kwn3 nyer..... lgi pon internet hujung jari.... mula baca online.... HARAKAH DAILY, TRANUNG, BLOGSPOT, paper online :: sekarang :: rasanya aku mula jatuh cinta dgn majalah SOLUSI..... mungkin aku akan masukkan SOLUSI dlm budget bulanan aku!!!!!
** so kalu diperhatikan... jenis majalah berubah mngikut usia..... bermula dgn majalah fantasi - kehidupan artis - isu dunia - dalam menuju mencari makanan ROHANI....... semoga minat membaca akan terus dipraktikkan!!!! ** bak kata mylovely frend 4ever...."nughul ko dalam transisi dr remaja ke dewasa" bila aku cakap aku jatuh cinta dgn SOLUSI
Name: lalang Home: world, here About Me: ~~welcome to my page....nothing to say but sumthing to share.....instead of sharing is loving so let's share wut able to SHARE.... See my complete profile