Monday, December 9, 2013

kek coklat moist kukus

resepi kek colat kukus simple.
resepi yang mudah cepat dan lazat.
resepi dan cara yang khusus untuk si pemalas yang miskin.
yakni tidak mempunyai mixer dan oven.
makanya resepi ini hanya guna blender
dan juga teknik kukus.

bahan A:
3 biji telur
1 cup gula
1 cup susu pekat
1 cup susu cair
1 sudu teh esen vanilla

*blend bahan A sampai sebati
(sampai campuran nampak ringan dlm blender)

bahan B:
3 cup gandum
1 cup serbuk koko
1 cup minyak masak
1/2 cup air panas
1 sudu teh bikarbornat
1 sudu teh baking powder

*campur semua bahan B dalam bekas yang kering
*kalau nampak cair sangat tambah la serbuk koko+gandum sikit
*kacau sebati then campurkan bahan A ke dalam bekas bahan B
*blend semula campuran A+B+1 petak colat masakan nak bagi sebati
*coklat masakan tu nak letak berapa petak pon suka hati la..
*kalau xmuat nak blend sekaligus..buat 2 kali ke 3 kali ke..
*tade sape nak marah pon!!!
*bila dah blend sebati..now siap untuk dikukus.
*letak dalam bekas untuk kukus.
*kukus lebih kurang 15-20minit..
*masa kukus bergantung la pada kondisi pengukus anda..
*takot ada pengukus yg lambat panas...masa 30-40minit.
*nak tahu masak ke tak..ambik garfu cucuk kek..xmelekat masak la tu..

bahan C: coklat leleh.
3 petak coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar susu cair
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk koko

*campur semua bahan C dalam periuk kering
*letak periuk dlm air panas yg baki lepas kukus kek tu.
*guna kaedah double boiler la ni.
*dah cair boleh letak atas kek yg dah sejuk yea.
*siap. boleh makan.
*simpan sejuk lagi sedappp...

**p/s: cup = cup yang guna untuk masak nasi tu. btw nak guna cawan pon boley ja

moist choc cake!! yummy


2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

NINA FARHANA said...

Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datanglah hehe 😂