anak perempuan mom yang penakut nak pergi dapur rumah sendiri. untung ada 3 adik lelaki yang perkasa kononnya.
Monday, October 31, 2011
saya ... tapi ...
tapi saya buat-buat tak sedar
saya tahu
tapi saya buat-buat tak tahu
saya takut
tapi saya buat-buat tak takut
saya suka
tapi saya buat-buat 'cool'
saya rindu
tapi saya tak nak nak 'sms'
saya teringat
tapi saya takut nak 'call'
saya kecewa
tapi saya buat-buat biasa
saya benci
tapi saya malas nak ambil peduli
saya malas
tapi saya lagi malas nak buat-buat rajin
saya cantik
saya yang perasan sendiri
itulah saya.. suka hipokrit!!!
kamu semua macam saya tak???
p/s:: sya tambah jam kt sebelah supaya saya lebih hargai masa. kononnya!!!
Friday, October 14, 2011
refleksi sebuah kegagalan
kau pernah??
aku pernah kecewa.
kau pernah??
aku pernah kehilangan.
kau pernah??
aku juga pernah berjaya.
kau pun mesti pernah??
aku juga pernah bahagia.
kau pun mesti pernah??
aku juga pernah gembira.
kau pun mesti pernah??
dan jika kita pernah merasa apa itu bahagia
kenapa kita perlu merungut untuk sesekali merasa apa itu kesedihan
dan jika kita pernah merasa indahnya kejayaan
kenapa perlu kita bersedih untuk sedikit kegagalan
dan jika kita pernah terbuai dengan keindahan sepoinya angin
kenapa kita merungut untuk sesekali ribut dan petir
jangan merungut dan jangan mengeluh
tempuhi dengan sabar apa jua dugaan yang datang
berusaha berdoa dan bertawakkal
**macam budak nak amek SPM plak...
Wednesday, October 12, 2011
tolong ingatkan saya
Monday, January 31, 2011
kanser kereta
RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL!!!
************************** xoxoxoxo ****************************
Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini.
Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!
Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta.
Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.
Ini sebabnya:
Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).
Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.
Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.
Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.
Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!
Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.
Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.
Fikirkan:
Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.
************************** xoxoxoxo ****************************
p/s : naseb aku mmg jenis buka tingkap keta setiap kali masuk keta. lps ni mgkin masa panas enjin keta pagi3 aku buka semua pntu keta bgi kuar semua udara kotor dlm keta. Mgkin juga nak cari daun pandan ganti ambi pure lavender!!!. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. *__________*
Wednesday, January 26, 2011
senyum..tak perlu kata apa-apa
-: senyum membahagiakan kita dan orang sekeliling kita.
-: senyum akan meneutralkan rasa marah gelisah dalam diri.
-: senyum akan menjadikan kita lebih santai dan gembira.
-: senyum juga adalah senaman paling mudah dan fleksible.
-: senyum tidak dikenakan bayaran.
tp ...jgn senyum mcm nutt ... ^____________^
senyum...tak perlu kata apa - apa!!!
even..skrg tgh hot lagu senyum by Malique-ft-najwa...
tpi aku suka lagu senyum seindah suria!!!
yg xpernah dgr lagu ni...meh aku nyanyikan special untuk korang!!!
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
p/s :: aku senyum lawa tak??? baik cakap LAWA bkn lawaK
Sunday, January 23, 2011
dOa sENjAtA kiTa
Kawan3 jom kita merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu terbaik untuk berdoa :-
:- waktu di antara azan dan iqamah (jgn tiba3 alih channel bila azan kt tv)
:- ketika bersujud di dalam solat (jgn tiba3 duk teringat nk update status fb)
:- selepas solat subuh sebelum matahari terbit (jgn cepat3 tarik selimut balik)
:- waktu tengah malam/sepertiga malam (pasang niat untuk bangun)
:- ketika berpuasa (jgn sebok pikir berbuka nk mkn apa)
:- sewaktu bermusafir / dalam perjalanan (jgn sebok bergambar mcm3 gaya)
:- pada malam Jumaat (jgn sebok layan Uts Amirul saja...)
:- malam Lailatul Qadar (bertuah nya klu dapat)
:- waktu diantara dua khutbah (jgn duk layan mengantuk)
:- pada waktu kita teraniaya dan dizalimi (jgn sebok berdendam)

DAN sebaik-baiknya beradab bila berdoa :-
:- sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih, berwudhu' dan mengadap kiblat
:- memulakan doa dan mengakhiri dengan memuji Allah SWT dan selamat untuk Rasulullah saw
:- hati mesti hadir, khusyuk, tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa kita
:- berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung. Merapatkan kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa, menyapukan tapak tangan ke muka.
:- Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebanyak tiga kali
p/s : Allah pasti kabulkan doa kita dengan pelbagai cara. kerna DIA Maha Mengasihani.
:- kredit to haluan.org.my
Tuesday, January 11, 2011
ok.pening.stop!!!
semua subject nampaknya susah (alasan si pemalas.baru masuk first lecture dah ckp susah).
NLP for sure da kena drop sbb clash. jadinya kena cari subject laen utk untuk replace.
NLP - Natural Language processing kakak kepada IR - Information Retrieval.susah juga!!!
wake not wake.sedar x sedar.now aku dah semester3.uitm students ckp part3.kira final year. hahaha.hopefully la finale.penat dah belajar.penat dan penat sangat.
lepas ni pikir gubahan hantaran plak. ^_____^...
ok.semalam aku buat 20k service kt proton glenmarie.kena dlm 5rat ok.normal kot utk major service. hahaha.sibuta enjin pergi service.so bayar je la.
tambang teksi dari glenmarie ke i-city s.Alam rm17. normal price la kot.sibuta teksi.so bayar je la.
tpi aku rasa teksi bermeter.normal la kot rm17.
VS
Tuesday, December 21, 2010
lagu ini untuk aku
Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu
Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja
Thursday, October 28, 2010
::ptptN yg tertunGGak:
dulu.ronggeng.duit.ptptN.skrg.pening.nk.bayar.
jgnkan.nk.byr.pnjaman.nk.byr.tunggakan.pon.dah.pening.lalat.
tiba3.terpikir.boley.ke.tak.request.deposit.DUITHANTARAN.
sebab.nk.byr.tunggakan.ptptN.
tapi.bak.kata.nuTT.aku.nak.minta.dgn.sape?.
hahahha.susah3.
rasa.nak.keje.part.time.la.tapi.nk.keje.apa?.
mcm.nk.keje.kedai.kek.ke?.besh.jgk.!!!
aduh.berat.badan.naek.misi.GAGAL.
kena.bergigiH.lagi.
nak.hadiah.diri.sendiri.jugak!!!
pERasaaN :: "sepatah.msg.awak.seribu.makna.utk.sya!!!!"
Monday, October 11, 2010
andai dia orangnya!!!!
andai.dia.orangnya.dekatkanlah.kami.... andai.bukan.jauhkan.kami.semoga.ada.hikmahnya....
untuk kamu!!!
aku.kdg3.marah.kdg3.xkesah.kdg3.benci.kdg3.rindu....
5.tahun.bkn.sekejap.kdg3.on.kdg3.off.....
tahun.pertama.dan.kedua.harapan.mnggunung.tapi....
tahun.ketiga.dan.keempat.terima.hakikat.tidak.berjodoh.
tahun.kelima.kenapa.muncul.saat.aku.bisa.melupakan....
kenapa.hadir.seolah.menabur.janji.seperti.memberi.harapan...
sejujurnya.perasaan.aku.tidak.beria.sperti.tahun.pertama....
mgkin.usia.mgkin.masa.mgkin.jarak.mgkin.pengalaman....
yang.telah.mendewasakan.kita...dan.aku.yakin.kau.dan.aku.makin.dewasa.....
andai.kita.berjodoh.moga.Allah.dekatkan.dan.permudahkanlah....
andai.tidak.kita.saling.meredhai.dan.juga.yakin.ada.hikmahnya.....
aku.akui.kau.bukan.satu-satunya...(susah la ramai sgt cinta dalam hati)....
andai.kau.baca.ini.(mustahil la sbb private OK)....
aku.akui.masih.ada.secebis.harapan.untuk.kau.mngerti....
mgkin.kau.hadir.untuk.hilangkan.yang.lain.....
misi.mencapai.visi...
sahabat.adalah.inspirasi.kita.semoga.misi.dicapai.visi.digapai!!!!
Tuesday, October 5, 2010
## syndrom kawan nak kawen ##
## sedar atau tak masa terus berjalan dgn pantas. patot fikirkan cara utk buat saving now!!!!. malu pada diri sendiri plak sbb tade saving. seutas rantai pon xmampu beli apatah lagi sebuah banglo (metafora melampau). kena contohi fida yg dah mula menabung di ASB. tabungan perkahwinan. hahaha. konon motivate utk menabung. cakap pasal kawen. aku da remind kt phone date for MyEg and and MyWed. hahaha. syndrom kawan nak kawen mgkin. walaupon calon tade. duit tade. suma pon tade. yang penting tarikh dah ada. sgt gila plak rasa. kalau tarikh tuh semua tak menjadi. alasan SEBOK. banyak job masuk. hahhaha. sgt klise. jawapan artis. ok.
## ok cukup. untuk first entry bermula. akan cuba hilangkan rasa malu untuk menulis di sini. kebangkitan gaya penulisan seorang aku.
Tuesday, February 24, 2009
HATI SEORANG WANITA
1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8.Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13.Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14.Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18.Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22.Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26.Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.