Showing posts with label hasil pembacaan matang. Show all posts
Showing posts with label hasil pembacaan matang. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

::Rejab::

salam REJAB.....lama aku xhupdate pape kt blog.....betapa busy nya aku hingga xdpt nk mgupdate blog sendiri juga melawat blog rakan3......sedar xsedar (sape yg xsedar, sila sedar)....sekarang dah bulan rejab da kawan....sungguh sedih bg diri aku sendiri sbb aku belum sempat hatta walau sehari untuk berpuasa sunat di bulan rejab ini.....bila dah rejab maknanya kita makin dekat dengan Ramadhan.....kpd kawan3 yg belum setelkan hutang puasa tahun lepas...baik kalian langsaikan skrg.....nanti hutang jadi berganda3 pulak...tak tercapai dek akal nak mengganti......well kt bawah ni ada sedikit info yg boleh kita kongsikan bersama.......yang penting segala yang kita lakukan ikhlas kerana Allah swt.....


Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya

Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah


seperti yang telah disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya seperti dibawah ini …..
1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.


::semoga rezeki itu milik aku.....

Wednesday, May 20, 2009

::otak kiri atau otak kanan::

Mengetahui belahan otak mane paling dominan dlm hidup kita dapat memberi jawapan kepada setiap tindak tanduk kita dalam kehidupan. Well aku xsure sebelum ni aku pernah buat test mengenai Otak Anda Yang Paling Dominan atau tak???...mgkin aku xjumpa test sebegini dalam Face Book (I'm olso one of FBians yg addict quiz)... disebabkan aku tiba-tiba terperasan yang aku neyh suka sangat buat kerja guna figure+table dsbgnya (smpai my opismate ckp, "nurrul neyh, mesti nk buat camtuh"...."nurrul share table tuh...cam menarik")...so aku terpikir analitik dan terperinci ke aku??? tapi yg xdinafikan subject Maths mmg kegemaran aku dr darjah 1 smpai skrg...(dan ini berbeza dgn 3 adik lelaki aku yg sangat menyampah dgn Maths, smpai adik3 aku ckp "balik3 nk banding results math, cuba tgk result english???"...ahhaha..patot la aju ko buat asasi law kt uitm tuh...)...tapi aku tetap rasa aku berjiwa seni dan sentimental sbb aku boleh bersajak, bersyair, berlakon teater cuma menyanyi ja xbley sbb suara aku iras3 sheila majid....takot plak nanti kena jadi penyanyi....xpasal3 aku kena tukar bidang dari bidang software ke seni suara...owhh xsanggup....

well...aku amat tertarik dgn ayat bro wordpress yg aku jmpa setelah sesi googlelan berjalan, tulisnya :
"Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya"

dan seorang aku telah mengambil test untuk mengetahu dimanakah hemisfera otak yang banyak anda gunakan??? dan keputusan membuatkan aku sedar mungkin aku tidaklah berbakat dalam TEATER atau mendeklamasikan SAJAK......sila baca keputusan aku dan jom kongsi keputusan korang dengan aku....

Your Brain Usage Profile:
Auditory : 63%
Visual : 36%
Left : 68%
Right : 31%

nurrul, you are mildly left-hemisphere dominant while showing a slight
preference for auditory processing. This overall combination seems to
indicate a well-working blend of logic and judgment and organization,
with sufficient intuition, perception and creativity to balance that dominance.


summary tuh sikit ja aku papar...sbb biarlah bait3 seterusnya hanya untuk aku sahaja!!!


**kata.papan.kekunci:: korang sila la amek test juga dan kongsi bersama aku. KLIK DISINI untuk amek test juga

::yang bernama wanita::

Sensitif
::Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet
::Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus
::Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas
::Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban
::WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin
::Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja
::Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum. bukan LESBIAN

Ego
::WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta
::CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks
::SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

**Kata.Papan.Kekunci::"wahai LELAKI hargailah WANITA kerna ibu anda juga seorang yang bernama WANITA"

**Pesan.Papan.Kekunci::"artikel ini dari sebuah laman yg laen...kredit to soleh.net"