Monday, January 31, 2011

kanser kereta

ekceli, aku baca satu info tentang air-cond kereta dan kanser. Dan rasa terpanggil untuk berkongsi info ini dgn korang semua. dan diigatkan juga, aku tidaklah mengkaji perkara ini secara saintifiknya (seperti saudara zul4kulim tulis dlm entrinya). so just read. percaya atau tak terpulang!!!
RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL!!!

************************** xoxoxoxo ****************************

Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini.

Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!

Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta.
Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.

Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!

Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.

Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.

Fikirkan:
Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.

************************** xoxoxoxo ****************************

p/s : naseb aku mmg jenis buka tingkap keta setiap kali masuk keta. lps ni mgkin masa panas enjin keta pagi3 aku buka semua pntu keta bgi kuar semua udara kotor dlm keta. Mgkin juga nak cari daun pandan ganti ambi pure lavender!!!. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. *__________*

Wednesday, January 26, 2011

senyum..tak perlu kata apa-apa

5 sebab kita perlu senyum!!!

-: senyum membahagiakan kita dan orang sekeliling kita.
-: senyum akan meneutralkan rasa marah gelisah dalam diri.
-: senyum akan menjadikan kita lebih santai dan gembira.
-: senyum juga adalah senaman paling mudah dan fleksible.
-: senyum tidak dikenakan bayaran.
:*: tpi TOLONG jgn buat3 senyum...tu namanya senyum kambing.
senyum yg xikhlas. tak ikhlas mean HIPOkrit mcm KONkrit...don't like3...
tp ...jgn senyum mcm nutt ... ^____________^

senyum...tak perlu kata apa - apa!!!

even..skrg tgh hot lagu senyum by Malique-ft-najwa...
tpi aku suka lagu senyum seindah suria!!!
yg xpernah dgr lagu ni...meh aku nyanyikan special untuk korang!!!

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

p/s :: aku senyum lawa tak??? baik cakap LAWA bkn lawaK

Sunday, January 23, 2011

dOa sENjAtA kiTa

sesekali entry yg berilmiah!!!!

Kawan3 jom kita merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu terbaik untuk berdoa :-

:- waktu di antara azan dan iqamah (jgn tiba3 alih channel bila azan kt tv)
:- ketika bersujud di dalam solat (jgn tiba3 duk teringat nk update status fb)
:- selepas solat subuh sebelum matahari terbit (jgn cepat3 tarik selimut balik)
:- waktu tengah malam/sepertiga malam (pasang niat untuk bangun)
:- ketika berpuasa (jgn sebok pikir berbuka nk mkn apa)
:- sewaktu bermusafir / dalam perjalanan (jgn sebok bergambar mcm3 gaya)
:- pada malam Jumaat (jgn sebok layan Uts Amirul saja...)
:- malam Lailatul Qadar (bertuah nya klu dapat)
:- waktu diantara dua khutbah (jgn duk layan mengantuk)
:- pada waktu kita teraniaya dan dizalimi (jgn sebok berdendam)


DAN sebaik-baiknya beradab bila berdoa :-

:- sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih, berwudhu' dan mengadap kiblat
:- memulakan doa dan mengakhiri dengan memuji Allah SWT dan selamat untuk Rasulullah saw
:- hati mesti hadir, khusyuk, tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa kita
:- berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung. Merapatkan kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa, menyapukan tapak tangan ke muka.
:- Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebanyak tiga kali


p/s : Allah pasti kabulkan doa kita dengan pelbagai cara. kerna DIA Maha Mengasihani.
:- kredit to haluan.org.my

Friday, January 14, 2011

hIduP ini perLu dugaAN.

aku pernah jatuh.tapi aku tak malu untuk bangkit.
kini aku mampu berlari.tapi aku tak lupa saat terbaring.

aku pernah kehilangan.tapi aku tak malu untuk mencari.
kini aku memiliki.tapi aku bersedia saat pergi.

aku pernah hanyut.tapi aku tak malu berpaut.
kini aku mampu menongkah arus.tapi aku tak lupa untuk sesekali ke tebing.

aku pernah menangis.tapi aku tak malu menitiskan air mata.
kini aku sering ketawa.tapi aku tak lupa saat mata kemerahan.

yup.dalam hidup kita sentiasa hadirnya dugaan dan ujian.yg pasti untuk menguji
akal dan kewarasan iman kita. sebagaimana anggerik tak pernah lupa menghiasi laman situan.
begitulah masalah akan menjadi penyeri yang menghiasi hidup kita.
terpulang kepada kita bagaimana untuk mencorak dugaan yang hadir di atas kanvas hidup kita.
melalui kehidupan yang sukar akan menjadikan kita matang untuk bertindak dan beraksi.
kepada kawan3 di luar sana yang sedang bergelut dengan cabaran dan ujian.
Yakinlah DIA hanya menguji hambanya dalam lingkungan kemampuan hambanya.
Kerna DIA Maha Pengasih dan Penyayang.


aduh.stress.tension.rasa nk menangis tapi air mata xnak keluar.pedih.sakit hati.
tapi bila pikir balik.sendiri yg careless.sendiri tanggung.aduh.menikam jiwa.
aku ingin hikayatkan di sini.tapi belum cukup kuat.aku pasti menulis bila dah kuat.
moralnya.jangan cuai.DON'T put 100% trust when u r doing online banking. ^..^
(ada masalah baru sibuk nk muhasabah diri...choi sgt!!).

Tuesday, January 11, 2011

ok.pening.stop!!!

aduh.melalui hari-hari yang xkeruan.dalam dilema untuk memilih dan membuat keputusan.
semua subject nampaknya susah (alasan si pemalas.baru masuk first lecture dah ckp susah).
NLP for sure da kena drop sbb clash. jadinya kena cari subject laen utk untuk replace.
NLP - Natural Language processing kakak kepada IR - Information Retrieval.susah juga!!!
wake not wake.sedar x sedar.now aku dah semester3.uitm students ckp part3.kira final year. hahaha.hopefully la finale.penat dah belajar.penat dan penat sangat.
lepas ni pikir gubahan hantaran plak. ^_____^...

ok.semalam aku buat 20k service kt proton glenmarie.kena dlm 5rat ok.normal kot utk major service. hahaha.sibuta enjin pergi service.so bayar je la.
tambang teksi dari glenmarie ke i-city s.Alam rm17. normal price la kot.sibuta teksi.so bayar je la.
tpi aku rasa teksi bermeter.normal la kot rm17.

VS



Wednesday, January 5, 2011

selamat.tahun.baru.2011.

selamat tahun baru 2011 utk diri sendiri dan lovely fren!!! :-

harapan seorang aku tuk 2011
:- bekerja bersungguh3
:- belajar bersungguh3
:- diet bersungguh3
:- menabung bersungguh3
:- serba serbi bersungguh3


bila seorang aku berprasangka!!!

aku ada masalah think out of chapter ::

contoh 1 :: berkaitan nama org
nama johan - aku bygkan johan nama utk lelaki ensem..so klu xensem dimata aku (sbb ensem subjektif kan) maka xsesuai nama johan.
nama bob - untuk lelaki berbadan besar..so klu kurus kering panggil bob rasa sgt xsesuai.
nama marina - rasa mcm orangnya garang tapi anggun, bergaya (sbb boley panggil marry)..so klu marina bertudung labuh dan lemah lembut rasa xsesuai
nama aminah - klu ada kwn3 nama aminah dan suruh panggil amy aku rasa nk lempang 180x...sebab nama aminah sgt suci murni
(nama nurrul - apa korang rasa??? lemah lembut ke lemah gemalai???...muntah sekarang!!!...)

contoh 2 :: perbezaan malam dan siang
dari kecik smpai umo da 24 tahun...malam jumaat + malam ahad + malam sabtu + atau malam3 lain...aku xbleh bayang kan bila???
contohnya - bila sebut malam jumaat (aku akan tanya balik...jumaat malam or khamis malam)..so aku konpius sentiasa..

contoh 3 :: kaitkan mende yg xberkaitan
contohnya aku cakap aku private kan blog sbb aku keje private
(apa ye contoh laen yg aku ckp merapu???)

contoh 4 :: takot tak bertempat
takot nk update blog selalu....kan dpt anugerah top blogger plak
takot pada risiko (sbb xpernah ke disko)
takot nk tukar ringtone utk msg or call in...sbb takot xdengar
takot nk draw duit kt atm..takot salah tekan pin number....
takot nk ckp ILY...(takot ke malu ke gedik???)
takot nk pergi tempat crowded...tpi sgt teringin mcm pergi konsert DT!!! (wah beshnya!!!)
takot tgk scene klimaks dlm drama...contoh time scene hero nak kena langgar lori ke...(mesti time neyh aku alih channel lain)

contoh 5 :: cukup lah kan.....