Monday, November 14, 2011

Ombak Ridu versi filem 1 Disember

Ombak Rindu difilemkan dan bakal ditayang 1 Disember!!!
Semangat nak tengok nanti sebabnya aku tersangatlah jatuh hati dengan novel Ombak Rindu...
So tak sabar nak tengok bila difilemkan...


Siapa yang umur baya3 aku... dan tak pernah baca novel Ombak Rindu sila angkat kaki!!!
dulu masa aku sekolah zaman aku tade akaun facebook tade akaun twitter dan tade akaun friendster..
zaman guna komputer untuk buat folio sejarah, zaman berchatting kat mirc guna nama Puteri Salju...
itulah zaman yang hobinya adalah membaca novel selain baca majalah mangga dan HAI ...
dan novel Ombak Rindu adalah novel yang aku baca lebih sepuluh kali ....
watak izzah, hariz, mila, musliha, pak dollah, datin suffiah, sulaiman, wafiah ....hafal suma!!!

novel ombak rindu
sejak 2 menjak ni dah memeng trend mengfilemkan novel agaknya...
lagenda budak setan, kasih yang suci (nora elena), trilogi cinta, stanza cinta dan banyak lagi lah aku rasa...
dan yang aku beria tengok nora elena je lah kan... now seth tan kembali sbg hariz...weeeee....
filem ombak rindu
maya karin macam terlalu moden untuk watak izzah ...tapi tunggu dan lihat lah since aku suka lakonan maya dan dia juga cantik macam aku !!!
izzah amir-maya karin
Sinopsis filem ombak rindu (rasanya xkan 100% sama dengan novel mungkin..)

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

selain Ombak Rindu...aku suka novel pergilah sepi (tak silap aku karya fauziah ashari penulis Ombak rindu)...
cinta pertama(norhayati berahim)...novel cinta pertama pernah di dramakan kt tv 1 dolu-dolu...dilakonkan oleh lisdawati (nurul iman) dan watak carl zafran (adi putra)... bertambah la suka kan...weeee..
boleh tak nak request TV1 tayang kan drama ni balik... please3... tajuk drama lupa da...

lisdawati & adiputra


novel cinta pertama

No comments: