Tuesday, November 15, 2011

kelayakan umur saya untuk PMR

selamat hari lahir ke 15 untuk saya!!!
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan kebaikan..
semoga esok dapat cabutan bertuah iPad sempena hari lahir...

me_onMybirthday_with_ejat_nana_sara_on_nana_wedding_kertih

me_onMybirthday_at_Kertih_wedding_nanaKo


sedar tak sedar umur bertambah selari dengan pertambahan berat badan...  meskipon ada yg cakap nughul..ko dah kurus sikit... saya tahu itu ayat penyata berunsur provokasi dan jujur saya tiada lebihan pendapatan untuk belanja makan kat kenny rogers yang berkhasiat!!!

dikala umur mencecah tahap layak ambil PMR saya sedang bertungkus lumus nak menghabiskan saki baki pengajian MameeMonster yang tinggal sekangkang 100 ekor kera untuk dihabiskan.... doakan kejayaan saya kerna saya jua mendoakan kejayaan anda.... dan ku dambakan doa myMom yang xpernah putus untuk the only anak perempuannya ini....bold bukan nak bangga atau kecoh satu dunia...


apa hala tuju hidup saya? :: bekerja kumpul duit senangkan keluarga bantu adik2 ...
kerjaya :: saya masih lagi dalam tempoh percubaan sebagai PTM .. harapnya saya lulus tempoh percubaan..

dan untuk kesekian kalinya hari-hari dalam hidup saya berlari dengan pantasnya tanpa saya sedari...

bayu angin gemalai melambai,
pucuk hijau mekar berkembang,
pilu sungguh rasa di hati,
menghambat masa hampa pulang....

Monday, November 14, 2011

Ombak Ridu versi filem 1 Disember

Ombak Rindu difilemkan dan bakal ditayang 1 Disember!!!
Semangat nak tengok nanti sebabnya aku tersangatlah jatuh hati dengan novel Ombak Rindu...
So tak sabar nak tengok bila difilemkan...


Siapa yang umur baya3 aku... dan tak pernah baca novel Ombak Rindu sila angkat kaki!!!
dulu masa aku sekolah zaman aku tade akaun facebook tade akaun twitter dan tade akaun friendster..
zaman guna komputer untuk buat folio sejarah, zaman berchatting kat mirc guna nama Puteri Salju...
itulah zaman yang hobinya adalah membaca novel selain baca majalah mangga dan HAI ...
dan novel Ombak Rindu adalah novel yang aku baca lebih sepuluh kali ....
watak izzah, hariz, mila, musliha, pak dollah, datin suffiah, sulaiman, wafiah ....hafal suma!!!

novel ombak rindu
sejak 2 menjak ni dah memeng trend mengfilemkan novel agaknya...
lagenda budak setan, kasih yang suci (nora elena), trilogi cinta, stanza cinta dan banyak lagi lah aku rasa...
dan yang aku beria tengok nora elena je lah kan... now seth tan kembali sbg hariz...weeeee....
filem ombak rindu
maya karin macam terlalu moden untuk watak izzah ...tapi tunggu dan lihat lah since aku suka lakonan maya dan dia juga cantik macam aku !!!
izzah amir-maya karin
Sinopsis filem ombak rindu (rasanya xkan 100% sama dengan novel mungkin..)

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

selain Ombak Rindu...aku suka novel pergilah sepi (tak silap aku karya fauziah ashari penulis Ombak rindu)...
cinta pertama(norhayati berahim)...novel cinta pertama pernah di dramakan kt tv 1 dolu-dolu...dilakonkan oleh lisdawati (nurul iman) dan watak carl zafran (adi putra)... bertambah la suka kan...weeee..
boleh tak nak request TV1 tayang kan drama ni balik... please3... tajuk drama lupa da...

lisdawati & adiputra


novel cinta pertama

Sunday, November 13, 2011

lagu baru Jamal Abdillah feat Malique - lirik

personally love this song!!! first time dengar dekat HOT FM terus jatuh hati...
even aku tak berapa nak paham lagi maknanya...yang aku paham lagu perihal kemaafan!!!
tapi puitis bahasa lirik dan lagunya aku suka...
tatkala RAP dan POP bergabung terhasillah pemanis halwa telinga.....
tajuk lagu "aku maafkan kamu" ...lagu baru Jamal Abdillah feat Malique...
aku sertakan liriknya....

AKU MAAFKAN KAMU
Lagu : Malique, Jamal Abdillah and Tripdisz
Lirik: Malique


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau kelar gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


C/O
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Kudihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya
C/O


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


*Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan


p/s:: kemaafan itu adalah kemanisan. berilah kemaafan jika dipinta. mohonlah kemaafan tanpa dipinta ....

Monday, October 31, 2011

saya ... tapi ...

saya sedar
tapi saya buat-buat tak sedar
saya tahu
tapi saya buat-buat tak tahu
saya takut
tapi saya buat-buat tak takut
saya suka
tapi saya buat-buat 'cool'
saya rindu
tapi saya tak nak nak 'sms'
saya teringat
tapi saya takut nak 'call'
saya kecewa
tapi saya buat-buat biasa
saya benci
tapi saya malas nak ambil peduli
saya malas
tapi saya lagi malas nak buat-buat rajin
saya cantik
saya yang perasan sendiri

itulah saya.. suka hipokrit!!!
kamu semua macam saya tak???

p/s:: sya tambah jam kt sebelah supaya saya lebih hargai masa. kononnya!!!

Friday, October 14, 2011

refleksi sebuah kegagalan

aku pernah gagal.
kau pernah??
aku pernah kecewa.
kau pernah??
aku pernah kehilangan.
kau pernah??

aku juga pernah berjaya.
kau pun mesti pernah??
aku juga pernah bahagia.
kau pun mesti pernah??
aku juga pernah gembira.
kau pun mesti pernah??

dan jika kita pernah merasa apa itu bahagia
kenapa kita perlu merungut untuk sesekali merasa apa itu kesedihan
dan jika kita pernah merasa indahnya kejayaan
kenapa perlu kita bersedih untuk sedikit kegagalan
dan jika kita pernah terbuai dengan keindahan sepoinya angin
kenapa kita merungut untuk sesekali ribut dan petir

jangan merungut dan jangan mengeluh
tempuhi dengan sabar apa jua dugaan yang datang
berusaha berdoa dan bertawakkal
**macam budak nak amek SPM plak...

Wednesday, October 12, 2011

tolong ingatkan saya

jangan mengeluh pada keadaan.
kerana keadaan tetap keadaan
dan kita yang perlu bertindak mengikut keadaan.

jangan salah kan cuaca yang berubah kalau kita deman
kerana cuaca dah sememangnya akan berubah
tengok pada diri kita
persediaan kita menghadapi cuaca yang berubah-ubah
**quote drpd suami lecturer KMT

sejauh mana pun kita pergi
jangan lupa langkah pertama kita
setinggi mana pon kita gapai
jangan lupa platform yg kita pijak

andai saya melangkah terlalu jauh ingat kan saya..
andai saya melompat terlalu tinggi sedarkan saya..
andai saya lupa di mana saya berpijak ingatkan saya..
andai saya alpa sedarkan saya..
kerana saya perlukannya..

Wednesday, October 5, 2011

haTi tEnanG hATi gELisaH

kenapa hati perlu tenang? sebabnya hati tak boleh gelisah.
kenapa hati tidak tenang? sebabnya hati tidak berhati-hati.
apa kau merepek jah??

sebenarnya hati aku yang tak tenang. bila mula semester hati pon gelisah lah.
kenapa la aku rajin sangat sambung belajar??
(bila assignment mula beratur dalam list aku mula la menyesal kenapa sambung belajar.)
sabar la hati tak lama dah lagi ni.

petua seorang aku tatkala hati gelisah mengenangkan assignment:

  1. list suma assignment tampal kt dinding depan meja study
  2. kemas kan meja study duduk elok2 atas kerusi study 
  3. make sure dalam masa yang sama kertas soalan assignment dibuka dan minimize kan
  4. pastu log in FB, kalau dah bosan fb/twitter buat blogwalking
  5. dah bosan suma maximize balik soalan assignment pastu fikir kejap
  6. kalau rasa gelisah lagi pegi tidur lampu laptop suma jangan tutup
  7. muka tutup dgn blanket pastu tidur la sampai pagi

(adik2 jangan ikut petua ini)

hati tenang bila esok gaji.
hati gelisah bila baki akaun 200 gaji lagi 2minggu.
hati tenang bila assignment dah siap print.
hati gelisah bila masuk kelas dapat assignment lagi.
tambah gelisah bila xpaham apa kena buat.

hati tenang bila dengar hujan.
hati gelisah bila dengar petir.
hati tenang hutang dah bayar.
hati gelisah bila kena berhutang lagi.


(sumber gambar adalah google image)
..paling mujarab banyakkan berzikir..