Monday, May 30, 2011

esok dan semalam

semalam sejarah. hari ini fakta. esok teori.
semalam jumpa. hari ini rindu. esok lupa.
semalam luka. hari ini sakit. esok parut.
semalam salah. hari ini menyesal. esok buat lagi.
semalam sakit. hari ini jumpa doktor. esok MC lagi.
semalam diet. hari ini sebiji epal. esok KFC dinnerPlate.

bila terhimpit dek waktu seperti sekarang.
aku rindu masa lalu. waktu belum mengerti apa itu masa.
pagi ke sekolah. petang keliling kampung. malam mengaji kemudian tidur.
esok bangun. mandi air panas. ke sekolah lagi. dan begitulah seterusnya.
tapi lumrah masa itu bergerak dan waktu itu berdetik.
makanya yang dulu itu kenangan dalam kotak fikiran sahaja.

selalu dengar orang cakap.
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
tapi adakalanya kita rasa semalam itu lebih baik.
dan hari ini tak seindah semalam.
jadi harus kita jadikan semalam panduan hari esok.
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam.
apa aku merapu?

bukan merapu. cuma muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik.
siapa yang tak nak jadi lebih baik dari semalam kan?
semoga hari esok hari yang baik untuk aku dan kamu.

Thursday, May 26, 2011

perlu atau tak siHitamKuning?

susah pulak tade siHitamKuning neyh rasanya.
terutamanya bila nak check gaji.
lebey3 lagi bila nak buat payment dsbg.
teringin juga nak buat siHitamKuning.
tapi trauma ok. sangat trauma.
sekelip mata duit hilang sbb kecuaian sendiri.
aku yang cuai atau siHitamKuning yang tak cukup secure.
arghh senang cakap.
kalau DIA nak tarik balik rezeki sekelip mata ja ok.
dan kalau DIA nak bagi rezeki pon sekelip mata juga.
tade la sekelip mata kenalah juga berusaha dapatkan punca rezeki.
tade lah sedebuk duit jatuh dari langit macam tuh.
usaha perlu.

ok.ok. back to the topic siHitamKuning. perlu ke buat?
waaa macam mana nak atasi trauma dengan siHitamKuning.
rasa ketinggalan zaman sbb tade siHitamKuning.
lagi pedih bila ada yg cakap.
sia3 lah jadi programmer bila buat online transaction pon tertipu.
ouh pedih jantung hati dengar.tak simpati langsung.
ok.ini bukan masalah sbb seorang programmer.
kiranya samalah kes bila doktor pon demam.sendiri pahamlah.

jadi konklusinya. beri aku kekuatan untuk buat siHitamKuning.
mana nak dapatkan sumber kekuatan.
minum 100plus or 7up lemon. super like fido dido.
ok.jangan lari topic.
cepat buat keputusan. perlu atau tak siHitamKuning.
macam perlu tapi trauma. ok. hold lagi dan lagi.

Tuesday, May 24, 2011

::peRcuBaaN berFaedaH::

aktiviti berfaedah sepanjang cuti yang panjang.
selain mengumpul setem dan bermain layang-layang .
aku gila menjiwai nilai nilai murni yang disajikan dalam drama korea.
ok.sangat murni. kalah minyak sri murni.

rasanya sepurnama sudah bercuti panjang.
dan idea untuk memulakan special topic belum muncul.
langsung tak ketahuan nak research pasal apa.
software quality.software process.CBSE. apa ya?.
pening fikir.so jangan fikir lah nanti pening susah.
kesimpulan si pemalas memang begitu.

jejoms share sikit apa yang aku telah tonton bakal tonton dan nak tonton.
tontonlah di tonton.my. eh, apa mengarut neyh!!
aku hanya peminat yang layan dramaKorea untuk nilai-nilai murni.
jadinya, siapa hero? siapa heroin? drama ni dapat award apa?
bila tayang kt tv? dsbg memang aku tak tahu.AAK lah.

::cerita yang aku tengok beria smpai sanggup korbankan masa tido:
FULL HOUSE (again and again...dah tgk kali ke berape pon xdpt recall lah)
PERSONAL TASTE (ada yang ckp xbesh tapi aku layan sampai menangis teresak3)

::cerita yang aku tengok dengan mode fastForward
PARADISE RANCH (slow sgt story nya. tp 2nd hero super like lah - ok taste orang tua lah skrg)

::cerita yang aku terpengaruh nak tengok sbb ada yang ckp besh
DREAM HIGH, MARRY ME MARY, MY PRINCESS, SECRET GARDEN

::ongoing.. tengok time lunch kat opis
ToGetHer (ni citer Taiwan, ntah la together atau To Get Her ... besh citer ni. klakau dan comel3 ja. ouh putera Kashaba)

Monday, March 21, 2011

::aku seorang chef ... kaH? ::

aku pandai masak. tapi masak untuk diri sendiri.
sebab diri sendiri xpernah komplem masakan aku. so,maknanya pandai masak.la.kan.

pengalaman.plg.kelakar.dan.NGONG.aku.rasa.masa.mula3.ditugaskan.utk.masak:

1. buat sup . guna sup bunjut. tapi sup bunjut tuh terlerai bunjutnya...
hahhaha...dapat bayangkan.x.apa.jadi.dgn.kuah.sup.(terpaksa tapis balik la nk makan)

2. goreng nasi buh air.lagi ngong.sbb.myMom.ckp.kalau.gorang.bihun.letak air la kalau. bihun tuh keras.so.aku igt.goreng.nasi.pon.letak.air.hahha...jadi mcm bubur dah!!!

3. buat tomyam.letak.serai wangi.SANGAT NGONG.salah amek serai kt tepi umah.aku.tgk.myMom. kalau.nak.guna. serai.p.amek.kt.tepi.umah.so.aku.sama. la.xtaw.plak.ada.pokok.serai.wangi. kat situ.hahhaha.serai wangi kan guna.utk.kecantikan.bkn.masakan.adik3.aku.melantak dgn lazatnya ja. bila.myMOM.balik.keje.dia.rasa.laen.mcam.ja.hahhaha...

4. dulu3 xreti nak beza halia dgn lgkuas. hahah naseb la kunyit kaler nya berbeza!!!

5. cepat nk kembang3 hidung bila org puji masakan sodap.
sbb tu malas nk masak kadang3. HAHAHHA.

6. kisah terbaru: konon nk masak bubur jagung campur sagu. jagung+santan (ayam brand)... beli sagu cap giant namanya (BIJI SAGO BESAR). teros kecewa. sbb xtaw macam mane nk masak SAGO.

7. aku jadi sgt bersemangat bila cakap pasal masak dan makan. cth situasi:
aku : nk mkn apa eh ptg ni?
kwn baik : ntah la nk makan apa eh?
aku : nasi+ikan rebus+budu

8. kalau stress sgt suka jadikan aktiviti memasak sb terapi. sebenarnya memasak tu cuma 40% ja, 60% lagi aktiviti makan selepas itu yg plg menerapikan stress. so no wonder la badan mcm olive bini popye!!!

p/s : bertuah nya laki aku sbb aku pandai masak!!!! (gadis ditimpa perasaan)

Wednesday, March 16, 2011

::refleksi::

hello hello...
minum milo anda jadi sihat dan kuat!!!

sejitunya sekarang ni tengah sakit gusi dan pening kepala.
assignment pasal theme engineering for android mobile development belum siap.
even 1 page out of 10 page. duenya coming saturday!!! arghhh..
tak campur lagi project dan report untuk CBSE.
muntah la pikir now dah week 10!!

sedang enak dibuai sakit gusi dan pening kepala.
buka email. ada email pasal assignmentlagi. aduh.. mmg bertambah pening...
bertambah lah pending list kt dinding!!!
tapi ada satu part dlm email pasal assignment paling kelakar(dirahsiakan nama subjek).
DUE 31/10 ... aduh lah. sebelum ni DUE 3/4 (suppose nya nk ckp 4/3)...
ok la jgak ada unsur persamaan...
ni 31/10 mknanya sem depan ka? (aku agak 31/03 kot).....
comel betul lecturer aku kan??...

10 Things I Hate About U (U = place where for further study)

1. due date for assignment
2. have all test in same week
3. take home test
4. open book test
5. presentation
6. term paper
7. quizes
8. "any question?"
9. Q&A session during presentation
10. week 10 onwards





:: so kepada yang nak bekerja dan belajar mesti bertabah.

Tuesday, March 8, 2011

sebok sendiri

rasa terhimpit dek masa.
sama ada aku betol betol sebok.
atau aku buat buat sebok.
atau aku memang tak sebok pon.
hanya aku dan sebok yang tahu.

sampai satu tahap.
aku rasa sangat sangat penat.
bukan buat buat penat.
jauh sekali nk tipu rasa penat.

kepada dia yang aku tunggu.
cubalah untuk mengerti.
atau aku yang perlu berhenti.
mengharap pada yang tak pasti.
aku keliru sendiri.
benci dan benci.

cepatlah masa berlalu. cepatlah cuti semester.

Monday, January 31, 2011

kanser kereta

ekceli, aku baca satu info tentang air-cond kereta dan kanser. Dan rasa terpanggil untuk berkongsi info ini dgn korang semua. dan diigatkan juga, aku tidaklah mengkaji perkara ini secara saintifiknya (seperti saudara zul4kulim tulis dlm entrinya). so just read. percaya atau tak terpulang!!!
RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL!!!

************************** xoxoxoxo ****************************

Padanlah ramai yang mati akibat kanser mutakhir ini. Kekadang kita bertanya daripada mana puncanya penyakit ini. Disini saya sebut contoh yang memberi kita kefahaman tentang sumber kejadian kanser ini. Ramai diantara kita akan memasuki kereta diawal pagi, dan keluar kereta dilewat malam, tujuh hari seminggu. Kereta adalah rumah kedua kita. Tetapi kita tidak menyedari "bom-jangka" yang menunggu kita. Hanya dengan sedikit langkah pencegahan yang terlalu mudah, kita boleh menghindarkan diri daripada "bom-kanker" ini.

Sampaikanlah maklumat ini kepada seramai yang mungkin, ia mungkin menyelamatkan ramai kawan-kawan kita. Masih belum terlambat untuk kita berbuat perubahan!

Tolong jangan pasangkan pendingin kereta sebaik sahaja kamu memasuki kereta.
Sebaik memasuki kereta, bukalah pintu (dan/ atau tingkap) untuk beberapa minit.

Ini sebabnya:

Mengikut satu kajian, dashboard kereta, sofa dan pewangi mengeluarkan Benzene, toksin penyebab kanser (carcinogen - cuba kamu ambil sedikit masa dan hidu bauan saperti "plastik terbakar" didalam kereta).

Selain daripada penyebab kanser, Benzene juga meracuni tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan berpanjangan kepada Benzene akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko kanser. Ianya juga boleh menyebabkan keguguran janin.

Kadar Benzene yang boleh diterimapakai secara indoor (dalaman) adalah 50mg sekaki persegi. Kereta yang diparkir secara indoor (berbumbong) dengan cermin yang tertutup mengandungi 400-800mg Benzene.

Jika diparkir diluar, dibawah sinar matahari pada suhu 60 darjah Fahrenheit, kadar Benzene didalam kereta itu meningkat mendadak ketahap HK +852 20004000mg, 40 kali melebihi tahap yang boleh diterima.

Mereka yang memasuki kereta, dengan cermin tingkap yang tertutup sudah pasti akan menghidu, dengan kadar kecepatan yang segera, jumlah toksin yang melampau banyaknya!

Benzene adalah toksin yang boleh merosakkan buah pinggang dan paru-paru. Dan yang lebih serius, tubuh kita menghadapi masalah yang sukar untuk membuang toksin ini.

Jadi kawan-kawan, langkah pencegahannya mudah sahaja. Tolong buka pintu dan cermin tingkap kereta anda seketika sebelum masuk - dan berikan sedikit masa untuk udara maut dalaman kereta dikeluarkan.

Fikirkan:
Apabila sesorang berkongsi sesuatu yang berharga dengan kamu dan memberi menafaat kepada kamu, kamu mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain.

************************** xoxoxoxo ****************************

p/s : naseb aku mmg jenis buka tingkap keta setiap kali masuk keta. lps ni mgkin masa panas enjin keta pagi3 aku buka semua pntu keta bgi kuar semua udara kotor dlm keta. Mgkin juga nak cari daun pandan ganti ambi pure lavender!!!. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. *__________*