Tuesday, February 26, 2013

cuti-cuti jakarta & bandung 2013


hujung februari sudah.
setuju atau tak jumlah hari bekerja pada bulan februari menyamai jumlah hari cuti.
itu mungkin untuk aku dan sesetengah orang yang bercuti mengalahkan amoi nak sambut CNY.
huhahua. cuti haruslah seronok!!


dan hasil dari perancangan bertahun
aku dengan jayanya menjadikan trip mom-son&doter satu realiti.
tapi aku tak mampu la angkut semua 3 org adik lelaki.
cuma sorang ja yang bertuah. nanti dia bayar balik bawa aku g korea. buleh?
macam la trip pergi jauh. haha. pergi indon ja pon.
meh meh nak kongsi trip yang xseberapa ni.
aku tulis pasal trip ni kt blog ni sebab aku kira macam nak bayar balik.
bayar balik?? bayar apa??
bayar balik dekat random googler (org yg suka menggoogle secara random)/reader/blogger
berkenaan tips/info untuk ke jakarta dan bandung.
sebabnya.. aku pergi ke sana memang 90% adalah dengan bantuan info & tips kat blog.
10% lagi pengalaman sebab ni adalah 2nd time pergi.
aku pergi 1st time company trip. adik aku pergi 1st time student program kot.


tiket
usahalah tiket promo Air-Asia. semua org tahu.haha.
tapi aku pergi xberapa nak promo smpai 1 sen nyer tiket.
total up dapat la 1k untuk 3 tiket. termasuk luggage yang cukup.
(kalau anda blur berapa luggage nak amek. anda buat istikharah).haha.
okok. aku pergi 15kg. balik 45kg. cukup3.
tiket aku ke Jakarta, smpai ja terus amek cipaganti XTrans (105k perhead) ke Bandung.
ok. 3jam perjalanan lebih kurang. keluar ja pintu airport tu dah ada kaunter Cipaganti untuk ke Bandung.
Jangan risau dan gelabah sangat. siap ada jual simcard lagi. so beli siap3.


hotel-Bandung
yehaa..aish.. rasa tertipu sedikit dgn budget sendiri. sbb budget hotel terlebih!!
masa kat bandung kami stay di Kenangan Hotel, Bandung
after buat explorace, rupanya hotel ini di belakang hotel yang aku pernah stay masa company trip.
aku ingat sebab ianya hanya walk distance ke Kartika Sari.
kenapa Kenangan Hotel?
-senang book. melalui email sahaja.(info@kenanganhotel.com)
-walking distance ke Stesen Keretapi Bandung
-walking distance ke Kartika Sari
-Rp 60k ke pasar Baru naik teksi BlueBird.
(lebih kurang macam kita duk Dynasty Hotel nak ke Jalan Tar.aku agak la)



aktiviti- Bandung
-kami di Bandung 3hari2mlm. first day sampai terus shopping pasar baru.
-malamnya jejalan ke Cihamplas naik teksi BlueBird
-2nd day guna khidmat supir ke Kawah Putih & Tasik Situ Patengan. asalnya aku igt supir hanya bawa ke Kawah Putih. rupanya aku boleh guna khidmatnya whole day. so lepas ke kawah putih belah pagi then petang nya pusing Bandung. normal things la. pergi Toko 3, Rumah Mode etc. cakap je kt pak supir tu mahu ke mana. kos 1day supir dlm Rp 500k.
-3rd day, gerak ke Jakarta(stesen Gambir) menggunakan train (tiket eksekutif Rp60k per head). stesen train
Bandung ni mmg betol depan hotel Kenangan. jalan ja. lebih kurang 3jam++ perjalan sampai la ke stesen Gambir, Jakarta.
kawah putih

kawah putih lagi

tasik situ patengan
jom ke jakarta pulok!!

stesen keretapi Bandung

hotel-Jakarta
di Jakarta, kami stay at Paragon Hotel, Jalan Wahed Hasyem. btw sekitar jalan Wahed Hasyem ni banyak ja hotel. kenapa Paragon?
-harga berpatutan. central, dekat dengan Monas, Tanah Abang, Thamrin City
-dari Paragon nak ke semua tempat tu, kami naik Bajaj (teksi roda 3). tambang sekali naik 20k, sebelum naik tanya siap3 yea.
-kebanyakan hotel di Jakarta kalau nak book awal must use cc. so tipsnya, dah sampai sana baru call untuk book la. macam aku, 1day before ke Jakarta aku call Paragon untuk booking.

aktiviti-Jakarta
-3rd day, selepas 3 jam perjalan dengan train smpai la ke stesen Gambir, Jakarta. amek teksi ke Paragon. dekat ja. tambang dlm 60k dr stesen Gambir. lepas check in. rehat jap. pastu kami ke Monas. jejalan melawat kawasan. kemudian balik hotel rehat. malamnya.. yehaa pergi The City SPA. asalnya nak g SPA kat Bandung, tapi full book.
-4th day.. pagi sampai petang kat Tanah Abang. haha. amek kaww.... malam nya aku+adik(mom rest kat hotel, super penat dah) sempat ke Monas again (konon nak tengok suasana malam).hoho. kemudian ke Thamrin City (hurghh dah nak tutup, sempat la ldinner kat Dapur Mie (nasi goreng super seedappp). lepas makan kami ke Bundaran Hi yang dilanda banjir 2 weeks before kami ke sana. Naseb la banjir dan darurat reda. kalau tak memang burn la tiket. haha.
-5th day. bergerak ke airport dan pulang!!.. jgan lupa airport tax Jakarta yea Rp150k perhead.

naek bajaj ke Monas

doter_mom_son

Monas, Jakarta

mom_son

me

Monas lagi
dan sekiranya kamu adalah penjawat awam seperti aku. pasti buat permohonan untuk ke luar negara.
untuk dapatkan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian.
permohonan ini untuk dapat kan kebenaran rasmi ke oversea untuk melancong.
nak make sure yang kita pergi bukan atas tajaan mana-mana pihak berkepentingan.
ini juga untuk dapat cover insurance lah. untuk diri sendiri saja yea.
dah dapat surat kelulusan baru boleh mohon insurance diri plak yea.
kerajaan akan beri sekali sahaja untuk setahun.tak melebihi 30 hari tempoh perjalanan. 
(kena baca pekeliling lah)
kalau pergi oversea 2,3 kali setahun tu..korang amik lah insurance untuk trip paling lama.
contoh macam ni la..
tahun 2013 ni dah plan nak pergi jejalan USS 2 hari dan Istanbul 12 hari (contoh saja..)
so, buat la permohonan insurance semasa pergi Istanbul tu..hehe...
sebelum bertolak ke luar negara tu, make sure korang dapat insurance card macam kat bawah ni.
myTravelsafe

gabungan baiduri

wahh..seronok kan cuti.. so jom plan cuti-cuti lagi.
yea yea budak tu dah beli tiket g Krabi uh!!!
me? penuhkan tabung balik lah..
dah berjuta rupee habes kan.. weeee





Sunday, January 13, 2013

Resepi Laksam


Laksam cara saya senang & mudah:

Bahan (untuk laksam) :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara (laksam)
Letak pengukus atas dapur (jangan lupa la letak air). Biarkan dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur semua bahan (untuk laksam) kemudian kacau sebati. Ok, air dah mendidih kan. Sapukan minyak masak pada tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian letak sesenduk campuran yang sebati tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit.

Bahan (untuk kuah)
½ kilo ikan sardin (ike selaye)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar (yang kuning tuh)
¼ halia
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
1 keping asam keeping
1 kotak santan

Cara-cara (kuahnya)
Rebus ikan sehingga masak lah. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan tadi. Blend kan semua campuran lagi sekali sehingga betol2 hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan dan asam keeping, letak atas dapur. Kacau dan masak hingga mendidih.

Ulam dan sambal
Untuk ulam hiriskan daun kesum, kacang panjang dan timun.
Untuk sambal blendkan cili padi bersama sedikit cuka makan.

Tips:
Kepekatan untuk buat laksam ni kena ikut nisbah 2:3, air lebih 1 sukatan daripada tepung, so xkesah la guna bekas apa pon cawan ke gelas ke.. hehe... Tapinya aku tak ikut juga sebab aku suka buat dulu satu pastu tengok hasilnya lepas kukus tu kalau lembik sangat tambah tepung....kalau keras dan tebal ja macam lempeng tambah air and so on..sampai la dapat hasil yang rasa puas hati dan cantik dah..

Nak tahu masak ke belum, bila dah mengelembung selepas 5 ke 6 minit..dah masak la tu.. biarkan ia suam sikit baru lah gulung kan. Guna la sudu masa nak gulungkan tu.

Andai kata laksam tadi lembik juga… boleh letak tepung gandum sedikit.

laksam sedap


Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013


januari 2013.
tahun berubah masa berubah.
berubah terubah atau mengubah.
di mana kita. kita yang tahu.
selain drpd DIA Yang Maha Mengetahui.

syukur.
masih bernafas di tahun 2013.
disebabkan faktor persekitaran.
urusan kerja dan lain-lain menggunakan kalendar Masihi.
maka benyak perkara yang seperti azam baru dan sebagainya.
dibuat menjelang tahun baru Masihi.
Bila ucap Selamat tahun baru 2013.
Ini bukan bermakna kita lupakan tahun hijrah.
Kita masih baca doa awal tahun menjelang 1 Muharram.

Semoga 2013 akan lebih sempurna daripada sebelumnya.
Semoga aku, kamu dan kalian berhidup dengan lebih baik.

Wednesday, December 26, 2012

something to share and a thing to care


kalau kita over exposed kita dikatakan annoying.
kalau kita low profile kita dikatakan bajet retis konon eksklusif.
tapi itu lah hakikat itulah lumrah.
kadang kita terpikir.
eh lantaklah orang nak kata apa.
apa nak dipedulikan.
tapi realiti nya kita peduli.
kenapa dan mengapa.
sebab kita memang tak akan suka orang cakap buruk pasal kita.
kalau boleh kita nak orang cakap yang baik-baik pasal kita.
walaupun kita buat perkara yang orang tak suka.
ya perkara yang elok di mata kita tak semestinya elok di mata orang.
benda yang suci murni di hati kita.
belum tentu putih bersih di hati orang.

eh kalau nak fikir tentang apa yang orang kata susahlah.
memang lah susah sebab yang kata tu orang.
kalau arnab yang kata lagi lah susah sebab kita tak paham sangat.
melainkan tuan arnab tu sendiri mungkin paham.
maksudnya macam ni.
budak yang belajar sains komputer.
jangan ingat budak yang belajar ketamadunan dunia itu senang.
budak yang belajar engineering.
jangan ingat budak yang belajar seni persembahan lakon layar itu mudah.

ok.sebenarnya nak cakap apa?
cuma nak sampaikan bersederhanalah dalam laman sosial.
jangan terlebih cerita.jangan terlebih update.
ingat juga tanda LIKE tu bukan maksudnya yang orang suka.
kenapa sibuk sangat biarlah dinding dia dan garis masa dia.
taklah bukan nak sebok pon!!
tapi nak cakap pasal social hacking.
yang pasal konon ada soalan untuk password recovery
whats is your pet name? what is your primary school?
lepastu kita hari-hari update kat laman sosial pasal
putih kucing kesayangan saya bla bla bla
upload berjuta gambar pasal reunion SK Patah Hati bla bla bla.
so bukan ke kita sendiri bagi jawapan untuk secret question kita.

itu saja. sharing is caring. bersederhanalah sebelum kena.
sebelum wujudnya haters yang bortopengkan fan club.

Thursday, December 13, 2012

how time works

13.12.13 only happens once in a lifetime.
EVERYDAY also happens once in a lifetime.
that's how time works.

betol la kan dah mmg sifat masa tu unik.
tarikh hari ni tak akan sama dengan tarikh semalam.
cuma membezakan susunan nombor yang cantik.
kalau susunan nyer cantik ramai la tunggu harinya...

aku rasa masa ni cepat sangat.
dah masa tak terkejar.
macam mana nak kejar.
kalau ko jalan terkedek-kedek.
kalah itik pulang petang.
dah mcam itik pulang malam xjumpa reban.

apa ko membebel sebenarnya?
takde apa, cuma aku penat.
kalau penat ubat dia membebel kat sini.

kau nak cakap apa sebenarnya?
aku nak cakap tahun 2012 dah abes.
welcome 2013.







Tuesday, October 9, 2012

kotak fikir ku


nun jauh dihujung sana
ku cuma nampak bayangnya
puas ku desak kotak fikir ku
namun tak terjangkau dek akal kecil ku
gerangan apakah itu?

resah hati membasah jiwaku
makin mendalam menusuk kalbu
penuh teka yang membisu
kadangkala buat aku terdiam kaku

ku keliru dengan rasa di hati
rasa di jiwa juga misteri
ingin sekali aku melangkah pergi
tapi setiap kali aku tak pasti
mampukah aku untuk terus berdiri

kini aku masih buntu
biar masa jadi penentu
hilangkan resah juga keliru
tunjuk kan ke mana harus ku tuju

Friday, October 5, 2012

Ketenangan Hati dan Jiwa


Salam Jumaat yang barakah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan hari esok lebih baik dari hari ini.

cepatnya tahun 2012.
sebab sekarang dan bulan 10.
bulan 10 maknanya Oktober.
sama juga 12-10 = 2.
maknanya lagi 2 bulan nak 2013.
makanya 26 + 1 = 18.
maknanya makin berumur eh tak matang.

ok. tengok kiri dan kanan.
boss tade. draft entry kat notepad.
entry ni sama ada publish atau ke recycle bin.
macam tuh la selalu.
nak hupdate belog. tade menda nak tulis.
dah tulis rasa mcm malas nk kongsi.
sudahnya ke tong sampah lah.

alkisahnya rahsia aku bebas stress.
terbukti bila buat ujian lisan mahupon bertulis.
ini rahsia nya: (sebahagian topik "sms" kami di ptg jumaat)
      n u t t nasir : 
            - kalau dari matrik 1 bilik mungkin kite skang jadi doc muda kat putrajaya
      me :
            - hahah
            - berangan xnk kalah
            - bersyukur xjadi doktor
            - klu x aku tekanan jiwa
            - keje dlm keadaan cepat
            - jalan cepat
            - tapi klu kita doktor mgkin salah sorang dr kita jadi wife DSM
            - blom smpat dia jmpa dr harlina
            - muhahha
            - lagi berangan xhengat!!!

moralnya:
tak semua yang kita rasa terbaik untuk kita adalah betul terbaik untuk kita.
bak mutiara kata:
Kita merancang dan DIA yang menentukan.
Sesungguhnya perancangan DIA adalah yang lebih hebat untuk hambanya yakni kita.

Bersyukur dan bersederhana dengan setiap kejayaan.
Redha dan tenang dengan setiap kepayahan.
Hargai kehidupan yang kita lalui.
Dan jangan lupa kewajipan kita sebagai hamba.
Zikir untuk ketengan jiwa.
Syukur untuk kepuasan hati.

Jauhi stress untuk minda yang sihat dan jiwa yang bersih.
sangat MOH staff!!