Wednesday, March 28, 2012

Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan

jumpak = jumpa + lepak (sesuka hati ja kan)
lama tak keluar bersama sebab nya both myGirl dah jadi isteri orang...
so bila nak keluar lepak dan sebagainya kena lah minta izin suami memasing kan...
setelah membooking mereka sebulan sebelum... maka impian tercapai...
bukan senang nak jumpa kawan yang dah berkawen ni..
sbb hujung mnggu diorang busy..mgkin kena balik umah mertua.. melawat sedara mara dsbg...

hasil perbincangan kami rasa nak makan seafood smbil mngadap laut...
amboiii ko!!!
maka terpilih la untuk g makan3 dekat :Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan:
so sbg pengguna Mr.Google yg tegar aku mula google apa yg patot...
blogwalking ke sana ke mari... macam review yg dapat ..
ada cakap mahal.. ada cakap murah...
ada cakap sesat .. ada cakap xjumpa kedai ...
macam3 lah... tp xmematahkan semangat kami untuk pergi (amboi mcm sukaneka semangat bagai)


bagi aku...
harga .. not bad la... 3 org makan 130++
(so harga bergantung pada nafsu korang semasa mgorder dan memilih)
jalan nak ke sana? .. guna la google maps ... kan skrg dah canggih ...
(aku lalu ikot duke ... ikot signboard Klang then Plbhn Klang Barat kmudian susur ke Bandar Perindustrian Sultan Sulaiman then terusss .. next ikot plak signboard Tanjung Harapan... smpai simpang 3 yg ada kedai Sg Bagan Seafood, amek kanan then terus ja jumpa replika kapal... terus lagi.. kedai dia dekat selekoh sikit....)
*harap explanation aku bgus dr google map... haha*
address lengkap:

Jalan Sultan Hishammudin,
Kaw.20, Bandar Sultan Suleiman,
Pelabuhan Klang Utara
42000 Port Klang
03-3176 6929 / 03-3176 6001
(dekat nga kelab golf tuh)


aku dah sesedap makan dengan penuh gembira...
ini antara pics untuk santapan yang nak menengok!!!

sotong tepung
ketam berlada

menu3 lain yg xsempat nk snap dah kena ngap!!!

p/s:: kalau nak pergi better kol 5.30 tuh korang dah beratur pilih makanan... kalau dah kol 7 tuh dah mula dibanjiri dan nak dapat seat pon susah... smpai ada makcik tuh berkurang ajar dgn aku sbb nak seat... naseb ko makcik kan!!
*kak fatah & nadia nanti kita hang out lagi!!!....

Monday, March 26, 2012

alasan selalu beribu

nak jogging la...
:- eh kasut sukan xbeli lagi

hari nak pg dgr ceramah agama kat surau bawah ...
:- la semalam ke ceramahnya!! next week la p .. (pastu next week lupa daa)

ptg nanti balik keje terus p basuh kereta ...
:- ouh hujan la plak!!! esok lah... (againNagain ptg sok sah3 malas)

rasa nak makan puding caramel la .. jom buat..
:- alaaaa...loyang tade plak...nak masak camne...

esok khamis... boleh puasa sunat ni ...
:- waaa... jam abes bateri ... xsedar nak sahur!!!

jom main badminton
:- court penuh lak...

nak diet la ...
:- start next week la... nanti bazir plak stock makanan dlm peti ais

p/s : kalau ikotkan malas nak update blog sebab belum kurus .... ingat nak update blog pakai kebaya!!!
:- alasan paling termahal seantero alasan!!!

Wednesday, February 22, 2012

selepas 2 tahun!!!

kelegaan sebenar secara rasmi nya dapat dirasai hari ini ...
amboi ayat macam apa ja kan!!! choi!!
sekeping gambar berjuta makna ...
syukur alhamdulillah...

TM tu apa ye?? TAMAT ke??
Complete maknanya lengkap ... maknanya boley grad la kan??
yeayyy grad jua aku akhirnya ....
ok ma .. k.u dah abes belajar .. boley carikan jodoh la ... monolog dalaman 
kepada rakan perjuangan yang super duper bijak iaitu shasha dan fida ...
terima kasih untuk 2 tahun yg super super rings!!!

si bijak yang suka membebel

penghibur hati

inspirasi

algorithm untuk lulus

kepada rakan3 yang masih berjuang untuk grad ...
teruskan usaha anda ....kalau fail subjek pon jgn risau ...
anda boley repeat balik dan score ... pengalaman ni!!
untuk berjaya anda perlukan tahap kerjasama yang tinggi ...
eh eh motivasi tetiba!!
terima kasih kepada semua lecturer CS777 ...

Tuesday, February 21, 2012

antara dua!!!

pagi3 nak berangan sikit boleh??
boleh .... silakan ...
berangan la sampai kucing bertelor!!!!



















tapikan tapiii kannn ....
antara dua yg kt atas tu mana satu patot jadi pilihan?
ada rezeki boleh dimiliki ....
xpon sape sudi bagi buat hantaran ok jugak!!!
amboiiiiiiiii !!! asam boi sgt!!!

semoga team Malaysia bersemangat menentang Jepun ...
eh eh tetiba!!!
air kelantan paling kotor tapi wabak AGE di perak ...
orang perak minum air kelantan ke ?
negeri kelantan paling miskin ... fakta atau ?
yang miskin perlu dibantu ... jom 1Malaysia bantu!!!
eh eh eh lagi tetiba!!!
jangan lupa daftar mengundi ... 
memilih pemimpin adalah tanggungjawab setiap individu!!

Tuesday, February 14, 2012

Atas Nama Cinta vs Spring Waltz

Atas Nama Cinta drama baru kat slot akasia ...
aku ingat Black yang berlakon rupa nya Shah Iskandar ouls!!! (malik - nora elena kan) ....
aku pencinta drama melayu ... (asal watak org kaya mesti sakit jantung ...) tengok first episod semalam terus aku rasa drama ini ada plot yang menyamai cerita korea "Spring Waltz" .. aku rasa la kan .... masa aku nengok citer korea ni menangis xcukup tisu la kan.... konon emosi ...


sinopsis atas nama cinta (kredit to mr Google & http://nurizspace.com )
Atas nama cinta mengisahkan Ahmad bersama anak lelakinya Saiful pulang ke kampung kerana melarikan diri dan pengutip hutang (Along) yang nak Ahmad bayar hutang mereka. Anaknya Saiful berjumpa dan berkawan dengan Cinta budak perempuan yang tinggal di kampung tu. Saiful yang baik hati ni selalu saja menolong dan selamatkan Cinta yang jadi mangsa buli. Bapa Saiful pulak menimbulkan masalah kat kampung tu dengan mencuri duit ibu Cinta, Zahara kerana kesempitan wang. Ahmad ke KL untuk mencari wang lagi dengan berjudi, Saiful nekad ke KL mencari ayahnya, tetapi tidak meyangka Cinta jugak mengekorinya untuk mencari ibunya. Cinta rebah dalam perjalanan, dan mereka telah terserempak dengan Sulaiman yang sedang memandu kereta, Sulaiman membantu Cinta. Pelakon3 nya pula : Tasha Shilla(Balqis), Shah Iskandar(Saiful/Ghaz), Fiza Halim(Cinta), Shah Jaszle(Tg Farish), Wan Shade (Sulaiman), Roy Azman (Ahmad)

dan Sinopsis Spring Waltz (kredit to wiki)
To escape debt, Lee Su Ho’s father escaped to a remote island where his friend has a young daughter Eun Young, who is the same age as Su Ho. After being abandoned by his father, Su Ho sought to leave, but his mind changed after being touched by Eun Young’s pure heart. A series of unfortunate events ensue, and Su Ho disappears, while Eun Young is sick in the hospital.
Years later, while traveling in Austria, Eun Young meets the talented pianist Jae Ha, a man with a cold exterior with a few words, who bores a resemblance to Su Ho. As their love start to develop, the truth unfolds… Can their love endure the harsh spring tragedy many years ago?
translate by google
Untuk melepaskan diri dari hutang, ayah Lee Su Ho melarikan diri ke sebuah pulau terpencil di mana rakan mempunyai seorang anak perempuan muda Eun Young, yang adalah sama seperti umur Su Ho. Setelah ditinggalkan oleh bapanya, Su Ho berusaha untuk pergi, tetapi fikirannya berubah selepas terharu dengan kesucian hati Eun Young. Satu siri peristiwa malang berlaku, dan Su Ho hilang, manakala Eun Young sakit di hospital.
Tahun kemudian, semasa dalam perjalanan di Austria, Eun Young bertemu pemain piano berbakat Jae Ha, seorang lelaki dengan luar sejuk dengan beberapa perkataan yang jemu mengulanginya persamaan dengan Su Ho. Seperti cinta mereka mula untuk membangunkan, kebenaran terungkai ... Bolehkah cinta mereka bertahan tragedi spring keras bertahun-tahun dahulu?

So, what do you think? ... sama x? tade la 100% sama kan.. lagi pon baru tgk first episod ... cuma plot awal tu macam sama je la kan ... tapi pape pon layan ...aku tetap pencinta drama melayu!!!!

Sunday, January 15, 2012

take home test yg superb susah

take home test tersusah yg pernah aku lalui....
knowledge management system...
subjek yang super senang dari luaran nya...
tapi bila test AMEKAW!!!!
setakat ni aku dan jawab 3 soklan dan masih berbaki 3 soalan...
due date 17/1 .... gila stressss... tp sempat kau hupdate blog kan???

ok bertabah!!! sikit ja lagi... berusaha!!!


BERUSAHA!!!!

Wednesday, January 11, 2012

viva :: ini bukan pasal kereta

xcukup bermakna hidop sebagai student kalau xpernah lalui viva!!!
apa bendanya viva ni?
bukan ke kereta keluaran perodua?
bukan lah uols..

mengikut sini:
The thesis defence or viva is like an oral examination in some ways. It is different in many ways, however. The chief difference is that the candidate usually knows more about the syllabus than do the examiners!!!!


kita lebih tahu apa yg kita buat so jangan takot nak viva  sedapkan hati sendiri .....
panel plak boleh tahan ni...
harap semua okey ja di hari pembentangan...
first candidate uols!!! beku jantung mak!!

viva saya

"Component Based Framewok for Sentiment Analyzer System"
tajok mcm hebat la proposed framework... tapi hebat pada nama la kot... haha!!!
eh eh... hebat la tu....


WISH ME LUCK OK!!!!