anak perempuan mom yang penakut nak pergi dapur rumah sendiri. untung ada 3 adik lelaki yang perkasa kononnya.
Wednesday, December 26, 2012
something to share and a thing to care
kalau kita over exposed kita dikatakan annoying.
kalau kita low profile kita dikatakan bajet retis konon eksklusif.
tapi itu lah hakikat itulah lumrah.
kadang kita terpikir.
eh lantaklah orang nak kata apa.
apa nak dipedulikan.
tapi realiti nya kita peduli.
kenapa dan mengapa.
sebab kita memang tak akan suka orang cakap buruk pasal kita.
kalau boleh kita nak orang cakap yang baik-baik pasal kita.
walaupun kita buat perkara yang orang tak suka.
ya perkara yang elok di mata kita tak semestinya elok di mata orang.
benda yang suci murni di hati kita.
belum tentu putih bersih di hati orang.
eh kalau nak fikir tentang apa yang orang kata susahlah.
memang lah susah sebab yang kata tu orang.
kalau arnab yang kata lagi lah susah sebab kita tak paham sangat.
melainkan tuan arnab tu sendiri mungkin paham.
maksudnya macam ni.
budak yang belajar sains komputer.
jangan ingat budak yang belajar ketamadunan dunia itu senang.
budak yang belajar engineering.
jangan ingat budak yang belajar seni persembahan lakon layar itu mudah.
ok.sebenarnya nak cakap apa?
cuma nak sampaikan bersederhanalah dalam laman sosial.
jangan terlebih cerita.jangan terlebih update.
ingat juga tanda LIKE tu bukan maksudnya yang orang suka.
kenapa sibuk sangat biarlah dinding dia dan garis masa dia.
taklah bukan nak sebok pon!!
tapi nak cakap pasal social hacking.
yang pasal konon ada soalan untuk password recovery
whats is your pet name? what is your primary school?
lepastu kita hari-hari update kat laman sosial pasal
putih kucing kesayangan saya bla bla bla
upload berjuta gambar pasal reunion SK Patah Hati bla bla bla.
so bukan ke kita sendiri bagi jawapan untuk secret question kita.
itu saja. sharing is caring. bersederhanalah sebelum kena.
sebelum wujudnya haters yang bortopengkan fan club.
Thursday, December 13, 2012
how time works
13.12.13 only happens once in a lifetime.
EVERYDAY also happens once in a lifetime.
that's how time works.
betol la kan dah mmg sifat masa tu unik.
tarikh hari ni tak akan sama dengan tarikh semalam.
cuma membezakan susunan nombor yang cantik.
kalau susunan nyer cantik ramai la tunggu harinya...
aku rasa masa ni cepat sangat.
dah masa tak terkejar.
macam mana nak kejar.
kalau ko jalan terkedek-kedek.
kalah itik pulang petang.
dah mcam itik pulang malam xjumpa reban.
apa ko membebel sebenarnya?
takde apa, cuma aku penat.
kalau penat ubat dia membebel kat sini.
kau nak cakap apa sebenarnya?
aku nak cakap tahun 2012 dah abes.
welcome 2013.
Tuesday, October 9, 2012
kotak fikir ku
nun jauh dihujung sana
ku cuma nampak bayangnya
puas ku desak kotak fikir ku
namun tak terjangkau dek akal kecil ku
gerangan apakah itu?
resah hati membasah jiwaku
makin mendalam menusuk kalbu
penuh teka yang membisu
kadangkala buat aku terdiam kaku
ku keliru dengan rasa di hati
rasa di jiwa juga misteri
ingin sekali aku melangkah pergi
tapi setiap kali aku tak pasti
mampukah aku untuk terus berdiri
kini aku masih buntu
biar masa jadi penentu
hilangkan resah juga keliru
tunjuk kan ke mana harus ku tuju
Friday, October 5, 2012
Ketenangan Hati dan Jiwa
Salam Jumaat yang barakah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Dan hari esok lebih baik dari hari ini.
cepatnya tahun 2012.
sebab sekarang dan bulan 10.
bulan 10 maknanya Oktober.
sama juga 12-10 = 2.
maknanya lagi 2 bulan nak 2013.
makanya 26 + 1 =
maknanya makin
ok. tengok kiri dan kanan.
boss tade. draft entry kat notepad.
entry ni sama ada publish atau ke recycle bin.
macam tuh la selalu.
nak hupdate belog. tade menda nak tulis.
dah tulis rasa mcm malas nk kongsi.
sudahnya ke tong sampah lah.
alkisahnya rahsia aku bebas stress.
terbukti bila buat ujian lisan mahupon bertulis.
ini rahsia nya: (sebahagian topik "sms" kami di ptg jumaat)
n u t t nasir :
- kalau dari matrik 1 bilik mungkin kite skang jadi doc muda kat putrajaya
me :
- hahah
- berangan xnk kalah
- bersyukur xjadi doktor
- klu x aku tekanan jiwa
- keje dlm keadaan cepat
- jalan cepat
- tapi klu kita doktor mgkin salah sorang dr kita jadi wife DSM
- blom smpat dia jmpa dr harlina
- muhahha
- lagi berangan xhengat!!!
moralnya:
tak semua yang kita rasa terbaik untuk kita adalah betul terbaik untuk kita.
bak mutiara kata:
Kita merancang dan DIA yang menentukan.
Sesungguhnya perancangan DIA adalah yang lebih hebat untuk hambanya yakni kita.
Bersyukur dan bersederhana dengan setiap kejayaan.
Redha dan tenang dengan setiap kepayahan.
Hargai kehidupan yang kita lalui.
Dan jangan lupa kewajipan kita sebagai hamba.
Zikir untuk ketengan jiwa.
Syukur untuk kepuasan hati.
Jauhi stress untuk minda yang sihat dan jiwa yang bersih.
sangat MOH staff!!
Monday, July 2, 2012
less motivated!!
ada orang kata:
"Don't ever change yourself just to make someone love you.
Just be yourself and let the right one fall for you."
Sudah Cukup Sudah (lirik) Nirwana Band
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
"Don't ever change yourself just to make someone love you.
Just be yourself and let the right one fall for you."
Sudah Cukup Sudah (lirik) Nirwana Band
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Monday, June 25, 2012
kisah sakit lutut dan jari
pernah tak u guys yang baya3 aku (lahir tahun 1985++) rasa sakit3 sendi
terutamanya sakit lutut.. nak cerita pengalaman sakit yang macam pelik..
dalam tahun penghujung 2008, aku mula terasa sakit2 lutut dan belakang.
aku anggap biasa ja.. nothing... sbb tak sakit sangat..
aku fikir mungkin sbb aku masa tuh praktikal naik motor
dari bangsar ke mont kiara (mcm la jauh kan..)
masuk pertengahan tahun 2009 makin ketara sakit...
bila nak naik tangga paling terasa... ouh terasa tua gila...
sampai tahap aku aku guna 2 kaki untuk satu anak tangga
(maksud xleh naik tangga mcm normal lah)..
selain sakit lutut yang menggila...
aku juga diserang kekejangan pada jari tengah sebelah kiri...
ok. cuba bayang kan bila jari tengah tu memang akan bengkok pada setiap pagi...
memang tak boleh betol kan macam jari-jari lain...
hampir sebulan jari aku macam tuh... betapa kritikal dan sakitnya...
sebelum tidur aku pakai bandage balut tangan dari bahu smpai ke jari..
untuk pastikan bangun pagi esok jari tak bengkok..
sebab sakit sangat klu jari tu membengkok...
masa tuh aku mula fikir bukan-bukan..
mula google pasar sakit lutut & kanser sendi & sakit tulang..
keluar la pasal osteoartritis dan osteoporis dll...
yang menakutkan penyakit ni bukan hanya untuk orang yang berusia ..
muda belia pon kena juga..
ok. bertambah takut. amalan pon tak banyak lagi ni..
dan2 call mom cakap sakit..
(story semua gejala sbbnya aku ni jenis klu sakit jarang nk cakap).
mom kedengaran risau..suh balik kg mengurut bagai...
tukang urut pertama tak hilang juga...sakit menjadi3...
tukang urut kedua..seorang atok.. yea lelaki since tukang urut perempuan xjalan kan...
dan mmg seorang atok.. rabun mata.. telinga kurang dengar ...
(al-fatihah untuk atok yang mngurut kerana Allah lebih sayangkan dia)
Atok tu urut tangan aku dari bahu/belakang sampai ke jari..
punya la sakit hanya Allah saja yang tahu...
Pegang tangan mom masa atok tuh urut sbb super sakitnya ok..
aku urut rasa 3x kot mcam tuh... Dia bagi aku minyak yang dia jampi3 sikit...
rujuk sini aku balik mengurut ni...
Atok tu tanya aku ada jatuh ke? .. mula3 geleng pastu teringat sesuatu...
Ouh baru teringat aku jatuh tangga akhir tahun 2008 tuh ...
dan tapak tangan aku sakit asalnya tapi aku biarkan...
pastu aku jenis suka melepak depan TV sambil mengiring...
pastu tangan menahan dagu kepala dsbg..
pastu time tido pon kepala atas tangan ...
ok terjawab kenapa jari aku mengalami kekejangan...
effect dia hampir setahun lepas aku jatuh tangga...
Sebulan lepas tu makin ok dan ok...tak perlu pakai bandage mlm3...
legaa... bukan kanser sendi...
tapi bab sakit lutut tu aku masih risau...
google punya google jumpa bendalir synovial kering la apa la..
aishhh seram aku ... pastu aku tengok ada iklan EBENE
(yg jalaludin hasan nga fauziah nawi tuh) kt tv..
terus p Guardian beli EBENE ... rasa mmg macam orang tua...
nak beli EBENE segan.. aku ckp kt staff guardian beli untuk nenek.. hahaha ..
pastu tiap3 malam pakai EBENE urut kaki guna minyak atok si tukang urut..
tahun 2011 sakit beransur3 hilang.. dan now 2012 xpakai EBENE dah ...
ouh leganya ia bukan kanser sendi ...
jadi kawan3 yang sebaya.. jangan lupa jaga kesihatan...
makan la supplement yang sesuai jangan sebok shopping handbag kasut dll...
spend juga money untuk sihat...
banyak kan minum susu untuk kalsium mcm ANLENE...
aku selalu minum Dutch Lady low fat..
sebabnya bukan orang tua ja yang sakit....
marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat...
(staff KKM sangat kan...)
Thursday, June 21, 2012
Setahun Sudah
Setahun sudah....
Syaaban kembali Ramadhan bakal tiba...
Yang terucap di bibir bukan yang tersarang di minda
Yang terpamer di wajah bukan yang tergambar di hati
Yang tersinar di mata bukan yang tersorok di jiwa
Yang terjadi pada realiti bukan yang seindah fantasi
Kehidupan yang sentiasa berputar perlukan pergerakan
Terkurung badan di kawasan sempit bukanlah satu alasan
Kerana minda bisa bergerak merentasi ruang
Bergigih dan berusaha lah kerana jalan keluar itu sentiasa ada
Optimisnya aku pada apa yang aku rasa
Kerana rasa ini tak pernah berubah
Cuma ada ketika rasa ini makin kurang
Seperti pudarnya warna ceria yang di bahang sinar mentari
wallawehh...ni namanya split identiti bila aku jadi kan A.S.S. sbg idola!!!
topik sebenarnya dah setahun rupanya aku kerja kt sini...
Cepat nya masa...
Masih teringat bersusah payah cari jalan plg senang nk ke sini
(TQ wan@cousin tolong aku..aishh semoga kamu cepat sembuh ya)
masih teringat hari lapor diri aku sesat berjalan satu round di bulatan Pahang..
Dan bersusah payah cari rumah sewa kt kL ..
(tq Intan@futureCousin i guess bg tumpang rumah ..)
2012 juga berjaya abeskan monster... weeee...konvo dgn jayanya...
dah setahun... Induksi pon dah pergi..sabar yea tunggu result ...
Syaaban kembali Ramadhan bakal tiba...
Yang terucap di bibir bukan yang tersarang di minda
Yang terpamer di wajah bukan yang tergambar di hati
Yang tersinar di mata bukan yang tersorok di jiwa
Yang terjadi pada realiti bukan yang seindah fantasi
Kehidupan yang sentiasa berputar perlukan pergerakan
Terkurung badan di kawasan sempit bukanlah satu alasan
Kerana minda bisa bergerak merentasi ruang
Bergigih dan berusaha lah kerana jalan keluar itu sentiasa ada
Optimisnya aku pada apa yang aku rasa
Kerana rasa ini tak pernah berubah
Cuma ada ketika rasa ini makin kurang
Seperti pudarnya warna ceria yang di bahang sinar mentari
wallawehh...ni namanya split identiti bila aku jadi kan A.S.S. sbg idola!!!
topik sebenarnya dah setahun rupanya aku kerja kt sini...
Cepat nya masa...
Masih teringat bersusah payah cari jalan plg senang nk ke sini
(TQ wan@cousin tolong aku..aishh semoga kamu cepat sembuh ya)
masih teringat hari lapor diri aku sesat berjalan satu round di bulatan Pahang..
Dan bersusah payah cari rumah sewa kt kL ..
(tq Intan@futureCousin i guess bg tumpang rumah ..)
2012 juga berjaya abeskan monster... weeee...konvo dgn jayanya...
![]() |
| Junjung kasih tuanku |
dah setahun... Induksi pon dah pergi..sabar yea tunggu result ...
![]() |
| budak3 HKL dan JKNK |
Subscribe to:
Posts (Atom)

