Monday, May 30, 2011

esok dan semalam

semalam sejarah. hari ini fakta. esok teori.
semalam jumpa. hari ini rindu. esok lupa.
semalam luka. hari ini sakit. esok parut.
semalam salah. hari ini menyesal. esok buat lagi.
semalam sakit. hari ini jumpa doktor. esok MC lagi.
semalam diet. hari ini sebiji epal. esok KFC dinnerPlate.

bila terhimpit dek waktu seperti sekarang.
aku rindu masa lalu. waktu belum mengerti apa itu masa.
pagi ke sekolah. petang keliling kampung. malam mengaji kemudian tidur.
esok bangun. mandi air panas. ke sekolah lagi. dan begitulah seterusnya.
tapi lumrah masa itu bergerak dan waktu itu berdetik.
makanya yang dulu itu kenangan dalam kotak fikiran sahaja.

selalu dengar orang cakap.
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
tapi adakalanya kita rasa semalam itu lebih baik.
dan hari ini tak seindah semalam.
jadi harus kita jadikan semalam panduan hari esok.
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam.
apa aku merapu?

bukan merapu. cuma muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik.
siapa yang tak nak jadi lebih baik dari semalam kan?
semoga hari esok hari yang baik untuk aku dan kamu.

Thursday, May 26, 2011

perlu atau tak siHitamKuning?

susah pulak tade siHitamKuning neyh rasanya.
terutamanya bila nak check gaji.
lebey3 lagi bila nak buat payment dsbg.
teringin juga nak buat siHitamKuning.
tapi trauma ok. sangat trauma.
sekelip mata duit hilang sbb kecuaian sendiri.
aku yang cuai atau siHitamKuning yang tak cukup secure.
arghh senang cakap.
kalau DIA nak tarik balik rezeki sekelip mata ja ok.
dan kalau DIA nak bagi rezeki pon sekelip mata juga.
tade la sekelip mata kenalah juga berusaha dapatkan punca rezeki.
tade lah sedebuk duit jatuh dari langit macam tuh.
usaha perlu.

ok.ok. back to the topic siHitamKuning. perlu ke buat?
waaa macam mana nak atasi trauma dengan siHitamKuning.
rasa ketinggalan zaman sbb tade siHitamKuning.
lagi pedih bila ada yg cakap.
sia3 lah jadi programmer bila buat online transaction pon tertipu.
ouh pedih jantung hati dengar.tak simpati langsung.
ok.ini bukan masalah sbb seorang programmer.
kiranya samalah kes bila doktor pon demam.sendiri pahamlah.

jadi konklusinya. beri aku kekuatan untuk buat siHitamKuning.
mana nak dapatkan sumber kekuatan.
minum 100plus or 7up lemon. super like fido dido.
ok.jangan lari topic.
cepat buat keputusan. perlu atau tak siHitamKuning.
macam perlu tapi trauma. ok. hold lagi dan lagi.

Tuesday, May 24, 2011

::peRcuBaaN berFaedaH::

aktiviti berfaedah sepanjang cuti yang panjang.
selain mengumpul setem dan bermain layang-layang .
aku gila menjiwai nilai nilai murni yang disajikan dalam drama korea.
ok.sangat murni. kalah minyak sri murni.

rasanya sepurnama sudah bercuti panjang.
dan idea untuk memulakan special topic belum muncul.
langsung tak ketahuan nak research pasal apa.
software quality.software process.CBSE. apa ya?.
pening fikir.so jangan fikir lah nanti pening susah.
kesimpulan si pemalas memang begitu.

jejoms share sikit apa yang aku telah tonton bakal tonton dan nak tonton.
tontonlah di tonton.my. eh, apa mengarut neyh!!
aku hanya peminat yang layan dramaKorea untuk nilai-nilai murni.
jadinya, siapa hero? siapa heroin? drama ni dapat award apa?
bila tayang kt tv? dsbg memang aku tak tahu.AAK lah.

::cerita yang aku tengok beria smpai sanggup korbankan masa tido:
FULL HOUSE (again and again...dah tgk kali ke berape pon xdpt recall lah)
PERSONAL TASTE (ada yang ckp xbesh tapi aku layan sampai menangis teresak3)

::cerita yang aku tengok dengan mode fastForward
PARADISE RANCH (slow sgt story nya. tp 2nd hero super like lah - ok taste orang tua lah skrg)

::cerita yang aku terpengaruh nak tengok sbb ada yang ckp besh
DREAM HIGH, MARRY ME MARY, MY PRINCESS, SECRET GARDEN

::ongoing.. tengok time lunch kat opis
ToGetHer (ni citer Taiwan, ntah la together atau To Get Her ... besh citer ni. klakau dan comel3 ja. ouh putera Kashaba)