Tuesday, August 23, 2011

aku di sini.

aku bermula di sini.
mungkin di sini untuk beberapa purnama ke depan.
aku tak pernah mimpi untuk ke sini.
entry ini merujuk di sini.
*benda yang kita tak nak.. itu yang kita dapat*
(aku bukan nurse jauh sekali dokter)



kerja aku lebih kepada pengurusan secara profesional.
sbb mmg post aku dalam kategori P&P.
(profesional la sangat.)
sejujurnya aku rindu post lama.
mengadap coding sampai mata dlm skrin.
sampai jari bawah keyboard.
sampai badan dlm cpu. aku sanggup.
kerna itu yang aku cinta.

tapi sekarang aku lebih kepada mengurus dan mentadbir.
(macam hebat bunyi).
namun aku cuba mencintai kerja aku sekarang.
tak kenal maka tak cinta.
masuk kandang harimau mangaum.
masuk kandang kambing perah susu.
(boleh buat sabun susu kambing).
namun begitu aku berusaha untuk mencintai dan bersyukur.

mungkin ada hikmahnya kenapa aku di sini.
mungkin untuk mengajar aku lebih sabar.
(first week drive kt sini aku menjerit dlm kereta sbb jem).
mengajar aku untuk lebih bersyukur.
(jalan selangkah jumpa yg berwilcha bertongkat dsbg).
mengajar aku untuk lebih sihat.
(mcm tade kaitan).
mungkin bertemu mu di sini.
(wah gatai jugak.)

 p/s:: perlu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Monday, August 22, 2011

aku nomad


mari sapu sesawang di laman sesawang sempena nak raya. (ada kaitan ke??).
Julai 2011 adalah bulan nomad dan berpindah randah.
Ogos 2011 baru ada kehidupan yang stabil.
rumah baru, housemates baru.
opis baru, opismate baru.
serba dan serbi baru.
azam baru belum lagi.

now dah 22 Ogos / 22 Ramadhan juga.
penghujung Ramadhan.
sama kita kejar apa yang termampu.

p/s:doa rezeki dan jodoh secara intensif