Syaaban kembali Ramadhan bakal tiba...
Yang terucap di bibir bukan yang tersarang di minda
Yang terpamer di wajah bukan yang tergambar di hati
Yang tersinar di mata bukan yang tersorok di jiwa
Yang terjadi pada realiti bukan yang seindah fantasi
Kehidupan yang sentiasa berputar perlukan pergerakan
Terkurung badan di kawasan sempit bukanlah satu alasan
Kerana minda bisa bergerak merentasi ruang
Bergigih dan berusaha lah kerana jalan keluar itu sentiasa ada
Optimisnya aku pada apa yang aku rasa
Kerana rasa ini tak pernah berubah
Cuma ada ketika rasa ini makin kurang
Seperti pudarnya warna ceria yang di bahang sinar mentari
wallawehh...ni namanya split identiti bila aku jadi kan A.S.S. sbg idola!!!
topik sebenarnya dah setahun rupanya aku kerja kt sini...
Cepat nya masa...
Masih teringat bersusah payah cari jalan plg senang nk ke sini
(TQ wan@cousin tolong aku..aishh semoga kamu cepat sembuh ya)
masih teringat hari lapor diri aku sesat berjalan satu round di bulatan Pahang..
Dan bersusah payah cari rumah sewa kt kL ..
(tq Intan@futureCousin i guess bg tumpang rumah ..)
2012 juga berjaya abeskan monster... weeee...konvo dgn jayanya...
Junjung kasih tuanku |
dah setahun... Induksi pon dah pergi..sabar yea tunggu result ...
budak3 HKL dan JKNK |
No comments:
Post a Comment