Tuesday, November 15, 2011

kelayakan umur saya untuk PMR

selamat hari lahir ke 15 untuk saya!!!
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan kebaikan..
semoga esok dapat cabutan bertuah iPad sempena hari lahir...

me_onMybirthday_with_ejat_nana_sara_on_nana_wedding_kertih

me_onMybirthday_at_Kertih_wedding_nanaKo


sedar tak sedar umur bertambah selari dengan pertambahan berat badan...  meskipon ada yg cakap nughul..ko dah kurus sikit... saya tahu itu ayat penyata berunsur provokasi dan jujur saya tiada lebihan pendapatan untuk belanja makan kat kenny rogers yang berkhasiat!!!

dikala umur mencecah tahap layak ambil PMR saya sedang bertungkus lumus nak menghabiskan saki baki pengajian MameeMonster yang tinggal sekangkang 100 ekor kera untuk dihabiskan.... doakan kejayaan saya kerna saya jua mendoakan kejayaan anda.... dan ku dambakan doa myMom yang xpernah putus untuk the only anak perempuannya ini....bold bukan nak bangga atau kecoh satu dunia...


apa hala tuju hidup saya? :: bekerja kumpul duit senangkan keluarga bantu adik2 ...
kerjaya :: saya masih lagi dalam tempoh percubaan sebagai PTM .. harapnya saya lulus tempoh percubaan..

dan untuk kesekian kalinya hari-hari dalam hidup saya berlari dengan pantasnya tanpa saya sedari...

bayu angin gemalai melambai,
pucuk hijau mekar berkembang,
pilu sungguh rasa di hati,
menghambat masa hampa pulang....

No comments: