semalam sejarah. hari ini fakta. esok teori.
semalam jumpa. hari ini rindu. esok lupa.
semalam luka. hari ini sakit. esok parut.
semalam salah. hari ini menyesal. esok buat lagi.
semalam sakit. hari ini jumpa doktor. esok MC lagi.
semalam diet. hari ini sebiji epal. esok KFC dinnerPlate.
bila terhimpit dek waktu seperti sekarang.
aku rindu masa lalu. waktu belum mengerti apa itu masa.
pagi ke sekolah. petang keliling kampung. malam mengaji kemudian tidur.
esok bangun. mandi air panas. ke sekolah lagi. dan begitulah seterusnya.
tapi lumrah masa itu bergerak dan waktu itu berdetik.
makanya yang dulu itu kenangan dalam kotak fikiran sahaja.
selalu dengar orang cakap.
semoga hari ini lebih baik dari semalam.
tapi adakalanya kita rasa semalam itu lebih baik.
dan hari ini tak seindah semalam.
jadi harus kita jadikan semalam panduan hari esok.
semoga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam.
apa aku merapu?
bukan merapu. cuma muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik.
siapa yang tak nak jadi lebih baik dari semalam kan?
semoga hari esok hari yang baik untuk aku dan kamu.
No comments:
Post a Comment