Tuesday, February 26, 2013

cuti-cuti jakarta & bandung 2013


hujung februari sudah.
setuju atau tak jumlah hari bekerja pada bulan februari menyamai jumlah hari cuti.
itu mungkin untuk aku dan sesetengah orang yang bercuti mengalahkan amoi nak sambut CNY.
huhahua. cuti haruslah seronok!!


dan hasil dari perancangan bertahun
aku dengan jayanya menjadikan trip mom-son&doter satu realiti.
tapi aku tak mampu la angkut semua 3 org adik lelaki.
cuma sorang ja yang bertuah. nanti dia bayar balik bawa aku g korea. buleh?
macam la trip pergi jauh. haha. pergi indon ja pon.
meh meh nak kongsi trip yang xseberapa ni.
aku tulis pasal trip ni kt blog ni sebab aku kira macam nak bayar balik.
bayar balik?? bayar apa??
bayar balik dekat random googler (org yg suka menggoogle secara random)/reader/blogger
berkenaan tips/info untuk ke jakarta dan bandung.
sebabnya.. aku pergi ke sana memang 90% adalah dengan bantuan info & tips kat blog.
10% lagi pengalaman sebab ni adalah 2nd time pergi.
aku pergi 1st time company trip. adik aku pergi 1st time student program kot.


tiket
usahalah tiket promo Air-Asia. semua org tahu.haha.
tapi aku pergi xberapa nak promo smpai 1 sen nyer tiket.
total up dapat la 1k untuk 3 tiket. termasuk luggage yang cukup.
(kalau anda blur berapa luggage nak amek. anda buat istikharah).haha.
okok. aku pergi 15kg. balik 45kg. cukup3.
tiket aku ke Jakarta, smpai ja terus amek cipaganti XTrans (105k perhead) ke Bandung.
ok. 3jam perjalanan lebih kurang. keluar ja pintu airport tu dah ada kaunter Cipaganti untuk ke Bandung.
Jangan risau dan gelabah sangat. siap ada jual simcard lagi. so beli siap3.


hotel-Bandung
yehaa..aish.. rasa tertipu sedikit dgn budget sendiri. sbb budget hotel terlebih!!
masa kat bandung kami stay di Kenangan Hotel, Bandung
after buat explorace, rupanya hotel ini di belakang hotel yang aku pernah stay masa company trip.
aku ingat sebab ianya hanya walk distance ke Kartika Sari.
kenapa Kenangan Hotel?
-senang book. melalui email sahaja.(info@kenanganhotel.com)
-walking distance ke Stesen Keretapi Bandung
-walking distance ke Kartika Sari
-Rp 60k ke pasar Baru naik teksi BlueBird.
(lebih kurang macam kita duk Dynasty Hotel nak ke Jalan Tar.aku agak la)



aktiviti- Bandung
-kami di Bandung 3hari2mlm. first day sampai terus shopping pasar baru.
-malamnya jejalan ke Cihamplas naik teksi BlueBird
-2nd day guna khidmat supir ke Kawah Putih & Tasik Situ Patengan. asalnya aku igt supir hanya bawa ke Kawah Putih. rupanya aku boleh guna khidmatnya whole day. so lepas ke kawah putih belah pagi then petang nya pusing Bandung. normal things la. pergi Toko 3, Rumah Mode etc. cakap je kt pak supir tu mahu ke mana. kos 1day supir dlm Rp 500k.
-3rd day, gerak ke Jakarta(stesen Gambir) menggunakan train (tiket eksekutif Rp60k per head). stesen train
Bandung ni mmg betol depan hotel Kenangan. jalan ja. lebih kurang 3jam++ perjalan sampai la ke stesen Gambir, Jakarta.
kawah putih

kawah putih lagi

tasik situ patengan
jom ke jakarta pulok!!

stesen keretapi Bandung

hotel-Jakarta
di Jakarta, kami stay at Paragon Hotel, Jalan Wahed Hasyem. btw sekitar jalan Wahed Hasyem ni banyak ja hotel. kenapa Paragon?
-harga berpatutan. central, dekat dengan Monas, Tanah Abang, Thamrin City
-dari Paragon nak ke semua tempat tu, kami naik Bajaj (teksi roda 3). tambang sekali naik 20k, sebelum naik tanya siap3 yea.
-kebanyakan hotel di Jakarta kalau nak book awal must use cc. so tipsnya, dah sampai sana baru call untuk book la. macam aku, 1day before ke Jakarta aku call Paragon untuk booking.

aktiviti-Jakarta
-3rd day, selepas 3 jam perjalan dengan train smpai la ke stesen Gambir, Jakarta. amek teksi ke Paragon. dekat ja. tambang dlm 60k dr stesen Gambir. lepas check in. rehat jap. pastu kami ke Monas. jejalan melawat kawasan. kemudian balik hotel rehat. malamnya.. yehaa pergi The City SPA. asalnya nak g SPA kat Bandung, tapi full book.
-4th day.. pagi sampai petang kat Tanah Abang. haha. amek kaww.... malam nya aku+adik(mom rest kat hotel, super penat dah) sempat ke Monas again (konon nak tengok suasana malam).hoho. kemudian ke Thamrin City (hurghh dah nak tutup, sempat la ldinner kat Dapur Mie (nasi goreng super seedappp). lepas makan kami ke Bundaran Hi yang dilanda banjir 2 weeks before kami ke sana. Naseb la banjir dan darurat reda. kalau tak memang burn la tiket. haha.
-5th day. bergerak ke airport dan pulang!!.. jgan lupa airport tax Jakarta yea Rp150k perhead.

naek bajaj ke Monas

doter_mom_son

Monas, Jakarta

mom_son

me

Monas lagi
dan sekiranya kamu adalah penjawat awam seperti aku. pasti buat permohonan untuk ke luar negara.
untuk dapatkan kebenaran ke luar negara atas urusan persendirian.
permohonan ini untuk dapat kan kebenaran rasmi ke oversea untuk melancong.
nak make sure yang kita pergi bukan atas tajaan mana-mana pihak berkepentingan.
ini juga untuk dapat cover insurance lah. untuk diri sendiri saja yea.
dah dapat surat kelulusan baru boleh mohon insurance diri plak yea.
kerajaan akan beri sekali sahaja untuk setahun.tak melebihi 30 hari tempoh perjalanan. 
(kena baca pekeliling lah)
kalau pergi oversea 2,3 kali setahun tu..korang amik lah insurance untuk trip paling lama.
contoh macam ni la..
tahun 2013 ni dah plan nak pergi jejalan USS 2 hari dan Istanbul 12 hari (contoh saja..)
so, buat la permohonan insurance semasa pergi Istanbul tu..hehe...
sebelum bertolak ke luar negara tu, make sure korang dapat insurance card macam kat bawah ni.
myTravelsafe

gabungan baiduri

wahh..seronok kan cuti.. so jom plan cuti-cuti lagi.
yea yea budak tu dah beli tiket g Krabi uh!!!
me? penuhkan tabung balik lah..
dah berjuta rupee habes kan.. weeee