Sunday, January 13, 2013

Resepi Laksam


Laksam cara saya senang & mudah:

Bahan (untuk laksam) :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara (laksam)
Letak pengukus atas dapur (jangan lupa la letak air). Biarkan dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara air nak mendidih tu campur semua bahan (untuk laksam) kemudian kacau sebati. Ok, air dah mendidih kan. Sapukan minyak masak pada tudung periuk letak dalam pengukus. Kemudian letak sesenduk campuran yang sebati tadi letak di atas tudung periuk. Biarkan dalam 5 ke 6 minit.

Bahan (untuk kuah)
½ kilo ikan sardin (ike selaye)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar (yang kuning tuh)
¼ halia
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
1 keping asam keeping
1 kotak santan

Cara-cara (kuahnya)
Rebus ikan sehingga masak lah. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan yang sudah tidak bertulang lagi masukkan ke dalam blender. Kemudian blendkan dalam 1 atau 2 minit. Okey next, terus letak semua bawang, halia, lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam blender bersama ikan tadi. Blend kan semua campuran lagi sekali sehingga betol2 hancur. Last masukkan semua bahan yang di blend ke dalam periuk bersama santan dan asam keeping, letak atas dapur. Kacau dan masak hingga mendidih.

Ulam dan sambal
Untuk ulam hiriskan daun kesum, kacang panjang dan timun.
Untuk sambal blendkan cili padi bersama sedikit cuka makan.

Tips:
Kepekatan untuk buat laksam ni kena ikut nisbah 2:3, air lebih 1 sukatan daripada tepung, so xkesah la guna bekas apa pon cawan ke gelas ke.. hehe... Tapinya aku tak ikut juga sebab aku suka buat dulu satu pastu tengok hasilnya lepas kukus tu kalau lembik sangat tambah tepung....kalau keras dan tebal ja macam lempeng tambah air and so on..sampai la dapat hasil yang rasa puas hati dan cantik dah..

Nak tahu masak ke belum, bila dah mengelembung selepas 5 ke 6 minit..dah masak la tu.. biarkan ia suam sikit baru lah gulung kan. Guna la sudu masa nak gulungkan tu.

Andai kata laksam tadi lembik juga… boleh letak tepung gandum sedikit.

laksam sedap


Tuesday, January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013


januari 2013.
tahun berubah masa berubah.
berubah terubah atau mengubah.
di mana kita. kita yang tahu.
selain drpd DIA Yang Maha Mengetahui.

syukur.
masih bernafas di tahun 2013.
disebabkan faktor persekitaran.
urusan kerja dan lain-lain menggunakan kalendar Masihi.
maka benyak perkara yang seperti azam baru dan sebagainya.
dibuat menjelang tahun baru Masihi.
Bila ucap Selamat tahun baru 2013.
Ini bukan bermakna kita lupakan tahun hijrah.
Kita masih baca doa awal tahun menjelang 1 Muharram.

Semoga 2013 akan lebih sempurna daripada sebelumnya.
Semoga aku, kamu dan kalian berhidup dengan lebih baik.